Home > Bahasa Melayu
Majlis Penutup Dikir Maulud Kementerian Pertahanan dan ABDB
PEMERINTAH ABDB, Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Mohd. Tawih bin Abdullah semasa menyertai para jemaah pada majlis tersebut.
December 2nd, 2017 | 09:35 AM | 555 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Majlis Penutup Dikir Maulud yang diadakan selama 12 malam berturut-turut telah diadakan secara serentak di semua surau seluruh perkhemahan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB).
Kementerian Pertahanan juga tidak ketinggalan dalam mengadakan Majlis Penutup Dikir Ashrakal dan Syarafil Anam di Surau Ad-Difa ', Bolkiah Garison, di sini.
Hadir pada majlis tersebut ialah Pemerintah ABDB, Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Awang Mohd. Tawih bin Abdullah.
Atu cara majlis ini diisikan dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran, Sembahyang Fardu Maghrib dan Fardu Isyak Berjemaah yang diimamkan oleh Imam Tingkat III, Kementerian Pertahanan, Awang Suhif bin Haji Abdullah serta Ceramah Khas bertajuk 'Rasulullah Qudwah Pemimpin Adil' yang disampaikan oleh penceramah jemputan dari Pusat Da'wah Islamiah, Dr. Andas Haji Ismuhadi bin Haji Abdullah.
Majlis Dikir Maulud tersebut merupakan aktiviti tahunan anjuran Kementerian Pertahanan dan ABDB serta unit-unitnya sempena memperingati dan menyambut Hari Keputeraan Junjungan Besar Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam.
Turut hadir ialah Pemerintah Angkatan Bersama, pegawai-pegawai kanan, serta pegawai-pegawai dan kakitangan Kementerian Pertahanan.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by Pelita Brunei
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]