FacebookInstagramTwitterContact

 

Gotham FC Signs Germany Goalkeeper Ann-Katrin Berger From Chelsea           >>           Vitesse Docked 18 Points, Relegated Amid Probe Of Abramovich Ties           >>           12 Health Benefits Of Drinking Elderberry Tea           >>           Blueberries Found To Reduce CVD Risk By Up To 20 Percent           >>           Natural Treatment For Rheumatoid Arthritis: Research Shows Yoga Can Relieve Physical And Psychological Symptoms           >>           The Sweetest-Smelling City In The World Might Surprise You           >>           Inside Caitlin Clark And Connor Mccaffery's Winning Romance           >>           Inside Caitlin Clark And Connor Mccaffery's Winning Romance           >>           You Can Watch Taylor Swift And Post Malone’s “Fortnight” Music Video With A Broken Heart           >>           BIBD Awareness Campaign           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Dikir Maulud 12 malam berturut-turut berakhir


Dikir Maulud 12 malam berturut-turut berakhir HADIR selaku tetamu kehormat, Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Othman.SUASANA Majlis Penutup Dikir Maulud Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam KHEU.SUASANA Majlis Penutup Dikir Maulud Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam KHEU.SUASANA Majlis Penutup Dikir Maulud Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam KHEU.

 


 December 2nd, 2017  |  09:44 AM  |   604 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Sempena memperingati Hari Keputeraan Junjungan Besar Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam yang disambut pada 12 Rabiulawal setiap tahun, semua masjid, surau dan balai ibadat di seluruh negara mengadakan Dikir Maulud Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam selama 12 malam berturut-turut mulai dari 1 Rabiulawal 1439 yang lalu.

 

Majlis Penutup Dikir Maulud Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam selama 12 malam berturut-turut bagi Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) diadakan di Masjid Omar 'Ali Saifuddien, di sini.

 

Hadir selaku tetamu kehormat, Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Othman yang seterusnya mengepalai bacaan Surah Al-Fatihah.

 

Dikir Assalamualaika yang dibawakan oleh Kumpulan Dikir Masjid Omar 'Ali Saifuddien, Bandar Seri Begawan dan Kumpulan Dikir Jabatan Penjara memulakan acara pada malam itu.

 

Kemudian Dikir Khairuman Nur Muhammad dilaungkan oleh Pejabat Hal Ehwal Masjid (PHEM), Daerah Brunei dan Muara serta Kumpulan Dikir Masjid Mohamed Bolkiah, Kampung Serusop.

 

Laungan Dikir Bishahrin Rasulullah diteruskan oleh Kumpulan Dikir Kampung Belimbing bersama Kumpulan Dikir Kampung Subok.

 

Bacaan Dikir Alhamdulillah Allah meneruskan majlis yang dibawakan oleh Kumpulan Dikir Basmida dan Pasukan Polis Diraja Brunei (PDB).

 

Laungan dikir seterusnya adalah Dikir Badat Kopi dibawakan sekali lagi oleh Kumpulan Dikir Kampung Belimbing dan Kumpulan Dikir Kampung Subok serta diakhiri dengan Dikir Ashrakal juga sekali lagi dibawakan oleh PHEM, Daerah Brunei dan Muara bersama Kumpulan Dikir Masjid Mohamed Bolkiah, Kampung Serusop.

 

Sementara itu, Doa Dikir dibacakan oleh Pegawai Masjid, Masjid Omar 'Ali Saifuddien, Mudim Awang Haji Metassim bin Haji Metusin serta Doa Allah Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam dibacakan oleh Pegawai Masjid, Masjid Omar 'Ali Saifuddien, Yang Dimuliakan Pehin Khatib Dato Paduka Awang Haji Emran bin Haji Kuncang.

 

Majlis seumpamanya diadakan sebagai salah satu syiar Islam untuk memakmurkan masjid, selain mengingati Hari Keputeraan Junjungan Besar Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, di samping dapat mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan pegawai dan kakitangan KHEU dengan jemaah masjid serta penduduk kampung.

 

Turut hadir ialah Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Mulia Dato Seri Paduka Awang Haji Abdul Mokti bin Haji Mohd. Daud; Setiausaha Tetap KHEU, Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Aziz bin Orang Kaya Maharaja Lela Haji Mohd. Yusof; Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Awang Naim bin Haji Kamis, selaku Penghulu Mukim Kota Batu; Timbalan Setiausaha Tetap (Pentadbiran dan Kewangan) KHEU, Awang Roslan bin Haji Taja'ah; dan Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap (Dasar dan Keugamaan) KHEU, Awang Haji Serudin bin Haji Timbang.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Pelita Brunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

In Pictures: India Votes In World's Biggest Election

 2024-04-20 00:10:59

Post Office Lawyer 'Missed' Key Horizon Finding

 2024-04-20 01:27:17