Home > Bahasa Melayu
Berkenan hantar perutusan tahniah sempena Hari Kebangsaan Emiriah Arab Bersatu
KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan menghantar tita HIS Highness Sheikh Khalifa bin Zayed Al-Nahyan, Presiden Emiriah Arab Bersatu dan Pemerintah Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu. HIS Highness Sheikh Mohammed bin Rashid Al-Maktoum, Naib Presiden, Perdana Menteri, Pemerintah Dubai dan Menteri Pertahanan, Emiriah Arab Bersatu.
December 2nd, 2017 | 09:57 AM | 646 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan menghantar titah-titah perutusan tahniah kepada His Highness Sheikh Khalifa bin Zayed Al-Nahyan, Presiden Emiriah Arab Bersatu dan Pemerintah Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu, dan kepada His Highness Sheikh Mohammed bin Rashid Al-Maktoum, Naib Presiden, Perdana Menteri, Pemerintah Dubai dan Menteri Pertahanan, Emiriah Arab Bersatu dan kepada ahli kerabat diraja serta kerajaan dan rakyat Emiriah Arab Bersatu sempena menyambut Hari Kebangsaan Emiriah Arab Bersatu.
Dalam titah perutusan Kebawah Duli Yang Maha Mulia kepada His Highness Sheikh Khalifa bin Zayed Al-Nahyan, Presiden Emiriah Arab Bersatu dan Pemerintah Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu, baginda amat menghargai perhubungan dan persaudaraan yang akrab yang dinikmati oleh kedua-dua buah negara dan rakyat masing-masing dan seterusnya berharap dapat mengukuhkan persahabatan yang sangat bernilai ini demi memperkembangkan kerjasama yang sedia ada di tahun-tahun mendatang.
Sementara itu, dalam titah perutusan yang sama kepada His Highness Sheikh Mohammed bin Rashid Al-Maktoum, Naib Presiden, Perdana Menteri, Pemerintah Dubai dan Menteri Pertahanan, Emiriah Arab Bersatu, baginda amat berpuas hati dengan persahabatan yang muhibah yang sekian lama dinikmati dan berharap akan terus dapat memperkukuhkan kerjasama tersebut di tahun-tahun mendatang.
Baginda mengakhiri titah-titah perutusan baginda itu dengan berdoa semoga Allah Subhanahu Wata'ala mengurniakan kepada His Highness Sheikh Khalifa bin Zayed Al-Nahyan, Presiden Emiriah Arab Bersatu dan Pemerintah Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu, dan kepada His Highness Sheikh Mohammed bin Rashid Al-Maktoum, Naib Presiden, Perdana Menteri, Pemerintah Dubai dan Menteri Pertahanan, Emiriah Arab Bersatu kesihatan dan kebahagiaan yang berterusan serta rakyat Emiriah Arab Bersatu terus menikmati kemajuan dan kemakmuran yang berpanjangan.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by Pelita Brunei
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]