FacebookInstagramTwitterContact

 

Launching of A.I. Diabetic Retinopathy Screening Services           >>           Honey: An Amazing Superfood With Many Health Benefits           >>           Exploring The Benefits Of FASTING For Treating COVID-19 And Vaccine Injuries           >>           Milan Wants To Ban Gelato, Pizza And Other Italian Favourites (Sort Of)           >>           Milan Wants To Ban Gelato, Pizza And Other Italian Favourites (Sort Of)           >>           Skai Jackson Reveals Where She Stands With Her Jessie Costars Today           >>           Billie Eilish Details When She Realized She Wanted Her “Face In A Vagina”           >>           Messages of Condolences           >>           Japan's SLIM Moon Lander Defies Death To Survive 3rd Frigid Lunar Night (Image)           >>           Mercedes-Benz quad-motor G-Class could be the ultimate EV off-roader           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


43 Pasukan Semarak Maulidur Rasul Peringkat Daerah Belait


TIMBALAN Menteri Pendidikan, Yang Mulia Pengiran Dato Seri Paduka Haji Bahrom bin Pengiran Haji Bahar semasa menyampaikan sijil penyertaan kepada pasukan-pasukan yang mengambil bahagian.

 


 December 3rd, 2017  |  09:46 AM  |   769 views

KUALA BELAIT

 

Lebih 4,200 peserta yang mewakili 43 pasukan menyertai Majlis Sambutan Maulidur Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam Peringkat Daerah Belait yang berlangsung di Padang Bandaran, di sini.

 

Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis tersebut sekali gus mengepalai perarakan di daerah berkenaan ialah Timbalan Menteri Pendidikan, Yang Mulia Pengiran Dato Seri Paduka Haji Bahrom bin Pengiran Haji Bahar.

 

Majlis dimulakan dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran yang disampaikan oleh johan Musabaqah Tilawatil Quran Belia Asia Tenggara Ke-8 Bagi Tahun 1439 Hijrah / 2017 Masihi, Awang Ahmad Zulwaqar bin Suhaili, diikuti dengan tazkirah yang disampaikan oleh Pegawai Perkembangan Ugama, Pusat Da'wah Islamiah, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Awang Haji Muhd. Nazir bin Haji Othman.

 

Pegawai Perkembangan Ugama dalam tazkirahnya antara lain menjelaskan, ciri-ciri yang harus ada pada pemimpin tersebut antaranya ialah sentiasa menjaga hubungan dengan Allah Subhanahu Wata'ala, bertanggungjawab atas segala tindakan yang diambil, bijaksana serta adil.

 

Dalam mengingati Hari Keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Wasallam, jelas beliau lagi, sudah semestinya kita harus mengingat kembali segala ajaran yang Baginda sampaikan untuk dijadikan sebagai pedoman hidup.

 

Laungan selawat ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam sebagai tanda syukur ke hadrat Allah Subhanahu Wata'ala yang diucapkan serentak secara beramai-ramai menandakan bermulanya perarakan mengelilingi Pekan Belait sejauh 3.4 kilometer.

 

Sebelum perarakan bermula, Timbalan Menteri Pendidikan diperkenalkan kepada ketua-ketua pasukan dan menyampaikan sijil penyertaan kepada pasukan-pasukan yang mengambil bahagian.

 

Acara turut diserikan lagi dengan persembahan tausyeh daripada Kumpulan Nasyid Fitrah yang diketuai oleh Awang Mohamed Faris bin Zamhari Paros dan persembahan Dikir Marhaban yang dibawakan oleh gabungan pegawai-pegawai masjid, guru-guru ugama dan Ahli Jawatankuasa Takmir Masjid Daerah Belait.

 

Manakala bacaan Doa Selamat dan seruan tiga kali selawat dipimpin oleh Imam Masjid STKRJ Lorong Tiga Selatan Seria, Awang Mohd. Shahirwandy bin Samsudin.

 

Perarakan bermula dari Jalan Sultan dan melalui Jalan Maulana, Jalan Carey, Jalan Bunga Raya, Jalan Dato Shahbandar dan seterusnya perarakan berakhir di Jalan Sultan.

 

Turut menyertai perarakan tersebut ialah Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Awang Haji Abdul Hamid bin Haji Mumin, selaku Penghulu Mukim Liang dan Yang Berhormat Awang Hanapi bin Muhd. Siput, selaku Ketua Kampung Labi 1.

 

Juga hadir ialah ketua-ketua jabatan dan cawangan Jabatan  Kerajaan Daerah Belait, penghulu-penghulu mukim dan ketua-ketua kampung, pengurus-pengurus dan wakil pengurus-pengurus syarikat swasta serta persatuan-persatuan bukan kerajaan.

 


 

Source:
@BRUDIRECT.COM

by PelitaBrunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Ten Dead As Navy Helicopters Collide Mid-Air In Malaysia

 2024-04-24 07:44:54

Boycotts Aren't The Only Way To Hold Companies Accountable

 2024-04-25 01:24:19