Home > Bahasa Melayu
NDMC terima lawatan JSC
PESERTA Kursus Pegawai Staf Rendah bergambar ketika melawat ke NDMC
December 5th, 2017 | 08:54 AM | 775 views
BERAKAS
Pusat Pengurusan Bencana Kebangsaan (NDMC) menerima lawatan sambil belajar daripada 36 peserta Kursus Pegawai Staf Rendah (JSC) Tahun 2017.
Menurut Siaran Akhbar NDMC, rombongan yang diketuai oleh 540 Leftenan Kolonel (U) Awang Muhammad Amiruddin bin Haji Tuah itu dialu-alukan oleh Pengarah NDMC, Kolonel (B) Pengiran Haji Maiddin bin Pengiran Haji Said.
Lawatan bertujuan untuk mempelajari fungsi, peranan dan kepentingan NDMC dalam membuat koordinasi operasi bencana dalam kalangan agensi-agensi berkaitan.
Semasa lawatan, para peserta diberikan taklimat oleh Pemangku Penolong Pengarah NDMC, Pengiran Haji Sabli bin Pengiran Haji Damit.
JSC dikendalikan oleh Pusat Kepimpinan dan Pengurusan, Akademi Pertahanan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei mulai 5 September hingga 8 Disember 2017.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by Pelita Brunei
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]