Home > Bahasa Melayu
Berrywan melangkah ke peringkat akhir
PASUKAN-PASUKAN yang menyertai Kejohanan Low San Brunei Open.
December 5th, 2017 | 08:58 AM | 507 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Pasukan Berrywan meraih kemenangan dengan menyingkirkan pasukan Juramas dengan mata 77 - 46, sekali gus melayakkan Berrywan ke Pusingan Akhir Piala Sherwin Williams Wanita pada Kejohanan Low San Brunei Open.
Menurut Siaran Akhbar Syarikat Low San, pasukan Berrywan akan bertemu dengan pasukan Mum Bakery Brunei Shields pada kejohanan akhir nanti.
Ia adalah pertemuan sengit dengan skor 32 - 27 pada separuh masa pertama apabila Juramas kehilangan pemain utama mereka kerana kecederaan buku lali, namun Berrywan masih terus ketinggalan mata pada suku ketiga dan keempat.
Kejohanan Low San Brunei Open akan diteruskan esok dengan perlawanan suku akhir Piala Cabaran Toolbox Lelaki.
Perlawanan esok akan menampilkan Sabli's menentang Wolves dan TSL akan bertemu Rotary. Suku akhir lain akan berlangsung pada Selasa yang akan menampilkan Street Roc menentang Persatuan Hainan dan Juramas akan bertemu Honey Carsmart.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by Pelita Brunei
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]