Home > Bahasa Melayu
NBD - United Kingdom terus kukuhkan hubungan
TIMBALAN Menteri Pertahanan melawat Cabinet Office di Whitehall, London juga United Kingdom National Cyber Security Centre yang melindungi dan menguruskan infrastruktur awam serta swasta dari serangan juga ancaman siber.
December 5th, 2017 | 09:08 AM | 480 views
LONDON
Timbalan Menteri Pertahanan, Yang Mulia Laksamana Pertama (B) Dato Seri Pahlawan Awang Abdul Aziz bin Haji Mohd. Tamit melawat Olympia, London untuk menghadiri United Kingdom Security Expo 2017 yang diadakan dari 29 hingga 30 November 2017 lepas.
Menurut Siaran Akhbar Kementerian Pertahanan, semasa pameran tersebut, Timbalan Menteri Pertahanan berpeluang membuat kunjungan hormat dua hala kepada Deputy Leader of the House of Lords and Minister of State for Defence, United Kingdom, The Right Honourable Earl Howe yang diiringi oleh Pesuruhjaya Tinggi British ke Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Richard Lindsay.
Timbalan Menteri Pertahanan juga mengadakan kunjungan hormat dua hala kepada Minister of State for Asia and the Pacific at the Foreign and Commonwealth Office, United Kingdom, Mr. Mark Field.
Hadir sama pada kedua-dua kunjungan hormat tersebut ialah Pesuruhjaya Tinggi Negara Brunei Darussalam ke United Kingdom, TYT Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Awang Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin.
Semasa kunjungan hormat tersebut, kedua-dua pihak merakamkan penghargaan mereka terhadap hubungan persahabatan yang istimewa dan erat di antara Negara Brunei Darussalam dengan United Kingdom, termasuk skop kerjasama dalam bidang pertahanan yang merangkumi pertukaran lawatan, eksesais ketenteraan, latihan, kursus dan mesyuarat pertahanan.
Sebahagian dalam program beliau, Timbalan Menteri Pertahanan melawat Cabinet Office di Whitehall, London juga United Kingdom National Cyber Security Centre yang melindungi dan menguruskan infrastruktur awam serta swasta dari serangan juga ancaman siber.
Mengiringi Timbalan Menteri Pertahanan ke United Kingdom Security Expo 2017 ialah Timbalan Setiausaha Tetap (Teknologi dan Pembangunan), Kapten (B) Haji Mohd. Amirul Shahnoel bin Haji Mohd. Noeh, TLDB.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by Pelita Brunei
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]