FacebookInstagramTwitterContact

 

Hernán Crespo Exacts Revenge On Al Hilal As Al Ain Reach AFC Champions League Final           >>           PSV Want USMNT's Dest Despite Confirming Serious Knee Injury           >>           Late Milik Strike Sends Juventus Into Coppa Italia Final           >>           Boycotts Aren't The Only Way To Hold Companies Accountable           >>           Tesla Profits Slump By More Than A Half           >>           Lloyds Hit As Banks Compete For Mortgage Customers           >>           Post Office Boss Nick Read Obsessed With Pay Says Ex-HR Chief           >>           Searching For Missing Loved Ones In Gaza’s Mass Graves           >>           Greece: Orange Sahara Dust Haze Descends Over Athens           >>           War In Ukraine: US To Send New Aid Right Away, Biden Says           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


NBT Brunei juara Kategori Perarakan Kapal-Kapal Berhias


MENTERI Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi dan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar hadir s MENTERI Hal Ehwal Dalam Negeri menyampaikan hadiah kepada pemenang-pemenang Kategori Kenderaan / Kereta Berhias dan Basikal Berhias mengikut kategori masing-masing.MENTERI Hal Ehwal Dalam Negeri menyampaikan hadiah kepada pemenang-pemenang Kategori Kenderaan / Kereta Berhias dan Basikal Berhias mengikut kategori masing-masing.

 


 December 5th, 2017  |  09:11 AM  |   806 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

NBT Brunei Sendirian Berhad diumumkan sebagai johan bagi Kategori Perarakan Kapal-Kapal Berhias sempena Sambutan Jubli Emas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Menaiki Takhta.

 

Naib johan disandang oleh Telekom Brunei Berhad, sementara tempat ketiga ialah Jabatan Perdana Menteri (JPM).

 

Penyampaian hadiah kepada para pemenang bagi Kategori Perarakan Kapal-Kapal dan Perahu Berhias disempurnakan oleh Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof, selaku Pengerusi Bersama Jawatankuasa Keraian dan Acara-Acara Daerah Mukim sempena Sambutan Jubli Emas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Menaiki Takhta, berlangsung di Dewan Musyawarah, Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas, di sini.

 

Bagi Kategori Perarakan Perahu-Perahu Berhias pula dijuarai oleh Kementerian Pembangunan, naib juara ialah China State Construction and Engineering Corporation dan tempat ketiga ialah Kementerian Hal Ehwal Ugama.

 

Sementara itu, bagi Kategori Kenderaan / Kereta Berhias juga dijuarai oleh Kementerian Pembangunan diikuti tempat kedua ialah Autoriti Monetari Brunei Darussalam dan tempat ketiga ialah JPM.

 

Juara bagi Pertandingan Basikal Berhias Perseorangan ialah Awang Haji Mohadi bin Pengarah Haji Basi, tempat kedua ialah Awang Haji Sohaili bin Haji Mohidi dan tempat ketiga ialah Dayang Hajah Mas Lailawati binti Haji Mohidi.

 

Penyampaian hadiah bagi pemenang-pemenang Kategori Kenderaan / Kerita Berhias dan Pertandingan Basikal Berhias Perseorangan disempurnakan oleh Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong, selaku Pengerusi Bersama Jawatankuasa Keraian dan Acara-Acara Daerah Mukim sempena Sambutan Jubli Emas Kebawah DYMM Menaiki Takhta.

 

Pada majlis itu, Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan dan Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri juga menyampaikan hadiah kepada hadiah saguhati dan sijil-sijil penghargaan kepada para peserta.

 

Dalam Kategori Perarakan Kapal-Kapal dan Perahu-Perahu Berhias, sejumlah 38 penyertaan perarakan kapal dan perahu tersebut terdiri daripada agensi-agensi kerajaan, syarikat-syarikat swasta, persatuan-persatuan, majlis-majlis perundingan mukim dan kampung Negara Brunei Darussalam.

 

Manakala dalam Kategori Perarakan Kenderaan / Kereta Berhias, sebanyak 37 kereta berhias dan 11 basikal berhias yang dipertandingkan terdiri daripada 14 penyertaan kementerian-kementerian, empat penyertaan daerah-daerah, dua penyertaan pengajian tinggi, 16 penyertaan syarikat swasta dan 11 penyertaan Basikal Berhias Perseorangan.

 

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Pemangku Menteri Pembangunan, Yang Mulia Dato Seri Paduka Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Pelita Brunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Ten Dead As Navy Helicopters Collide Mid-Air In Malaysia

 2024-04-24 07:44:54

Boycotts Aren't The Only Way To Hold Companies Accountable

 2024-04-25 01:24:19