FacebookInstagramTwitterContact

 

Mayo Clinic Study Reveals Disturbing Impact Of Puberty Blockers On Testicular Development           >>           Why Freeze-Drying Is The Best Food Preservation Method           >>           10 Compelling Reasons To Steer Clear Of Gluten           >>           Only One Royal Has Ever Run The London Marathon           >>           Man Glassed In The Face After Telling Woman She Looked Like She Was 43           >>           You Have To See Travis Kelce's Reaction To Kardashian-Jenner Family Comparison           >>           Buried In The Cat's Paw Nebula Lies One Of The Largest Space Molecules Ever Seen           >>           Apple is launching new iPads May 7: Here's what to expect from the 'Let Loose' event           >>           FCC votes to restore net neutrality protections           >>           WhatsApp is enabling passkey support on iOS           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


NBD - Thailand terus eratkan hubungan dua hala


Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan menghantar titah-titah perutusan tahniah kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia King Maha Vajiralongkorn Bodindradebayavarangkun, Raja Thailand dan juga kepada Perdana Menteri Thailand, Tuan Yang Terutama General Prayut Chan-o-cha (Ret.), sempena Hari Kebangsaan Thailand.

 


 December 5th, 2017  |  09:17 AM  |   441 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan menghantar titah-titah perutusan tahniah kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia King Maha Vajiralongkorn Bodindradebayavarangkun, Raja Thailand dan juga kepada Perdana Menteri Thailand, Tuan Yang Terutama General Prayut Chan-o-cha (Ret.), sempena Hari Kebangsaan Thailand.

 

Di dalam titah perutusan kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia King Maha Vajiralongkorn Bodindradebayavarangkun, Raja Thailand, Kebawah Duli Yang Mulia menzahirkan bahawa Thailand adalah teman rapat dan penting bagi Negara Brunei Darussalam dan baginda amat menghargai rangkaian kerjasama yang dinikamti oleh kedua-dua buah negara terutama dalam bidang perdagangan dan hubungan di antara rakyat masing-masing.

 

Baginda seterusnya percaya di bawah kepimpinan Kebawah Duli Yang Maha Mulia King Maha Vajiralongkorn Bodindradebayavarangkun, Raja Thailand, hubungan dua hala tersebut akan terus berkembang dan diperkukuhkan pada masa-masa akan datang.

 

Sementara itu, dalam perutusan baginda kepada Perdana Menteri Thailand, Tuan Yang Terutama General Prayut Chan-o-cha (Ret.), Kebawah DYMM merakamkan penghargaan di atas persahabatan yang sekian lama terjalin di antara kedua-dua buah negara dan rakyat masing-masing.

 

Baginda percaya Negara Brunei Darussaalam dan Thailand akan terus membina hubungan yang penting ini, dan seterusnya berharap berpeluang untuk mengukuhkan jalinan kerjasama berkenaan di peringkat dua hala dan antarabangsa.

 

Pada mengakhiri titah-titah perutusan tersebut, Kebawah DYMM menyampaikan salam muhibah kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia King Maha Vajiralongkorn Bodindradebayavarangkun dan kerabat diraja serta kepada Perdana Menteri Thailand, Tuan Yang Terutama General Prayut Chan-o-cha (Ret.) dan rakyat Thailand semoga berbahagia pada menyambut perayaan tersebut.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Pelita Brunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Searing Heat Shuts Schools For 33 Million Children

 2024-04-26 01:35:07

US Economic Growth Slows But Inflation Grows

 2024-04-26 07:36:54