FacebookInstagramTwitterContact

 

Mayo Clinic Study Reveals Disturbing Impact Of Puberty Blockers On Testicular Development           >>           Why Freeze-Drying Is The Best Food Preservation Method           >>           10 Compelling Reasons To Steer Clear Of Gluten           >>           Only One Royal Has Ever Run The London Marathon           >>           Man Glassed In The Face After Telling Woman She Looked Like She Was 43           >>           You Have To See Travis Kelce's Reaction To Kardashian-Jenner Family Comparison           >>           Buried In The Cat's Paw Nebula Lies One Of The Largest Space Molecules Ever Seen           >>           Apple is launching new iPads May 7: Here's what to expect from the 'Let Loose' event           >>           FCC votes to restore net neutrality protections           >>           WhatsApp is enabling passkey support on iOS           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Perkembangan kemahiran dan ilmu pengetahuan sangat berguna


TETAMU kehormat, Pengarah Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan, Awang Haji Abdul Rahman bin Haji Nawi menyampaikan hadiah kepada pelajar cemerlang Tahun 9, Dayangku Nur Azeerah binti Pengiran Mohd Norhamadani.

 


 December 6th, 2017  |  09:43 AM  |   735 views

MULAUT

 

Sebagai penghargaan dan galakan kepada para pelajar agar terus mendapatkan keputusan yang cemerlang dalam pembelajaran, Sekolah Menengah Masin baru-baru ini mengadakan Majlis Penyampaian Hadiah Pelajar Cemerlang yang diadakan di Dewan Serbaguna Sekolah berkenaan.

 

Antara pelajar yang menerima Kategori Pelajar Terbaik Bagi Setiap Level ialah pelajar Tahun 7, Dayang Mazenitta binti Maidi (7 Istiqamah); pelajar Tahun 8, Dayang Nur Hassanul Fikriyah binti Mohamad Sufri (8 Citrus); pelajar Tahun 9, Dayangku Nur Azeerah binti Pengiran Mohd Norhamdani (9 Pearl) dan pelajar Tahun 10, Awang Mohd Zulhelmi bin Mohd Zainuddin (10 Pearl).

 

Sementara Pelajar Terbaik Bagi Keseluruhan PISA Challenge Week dianugerahkan kepada pelajar Tahun 9,  Alex Tang Ying Siang (9 Pearl).

 

Penyampaian hadiah kepada para pelajar disempurnakan oleh Pengarah Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan, Awang Haji Abdul Rahman bin Haji Nawi selaku tetamu kehormat majlis.

 

Terdahulu, Pengetua Sekolah, Ivan Moore dalam ucapan alu-aluannya menekankan bahawa betapa pentingnya ilmu pengetahuan dan kemahiran adalah sangat berguna bagi diri pelajar-pelajar yang akan mengharungi kehidupan yang semakin mencabar ini.

 

Jelas beliau, kajian telah membuktikan sekiranya seseorang pelajar itu mempunyai kemahiran dan ilmu pengetahuan yang sentiasa berkembang, iaitu 'growth mindset', peluang mereka untuk mendapat pekerjaan adalah semakin cerah.

 

Beliau juga menyentuh bahawa guru-guru sekolah tersebut telahpun mempraktikkan pembelajaran yang menunjukkan hala tujuan kepentingan pelajaran tersebut iaitu 'Teacher Clarity'  serta menekankan 'growth mindset' dalam kalangan pelajar dan kakitangan sekolah.

 

Bagi 'growth mindset' tegas beliau, pengetahuan boleh berkembang dan menjadi lebih baik dan maju lagi dengan menerima cabaran (challenges) sehingga akan menambah keupayaan minda kita menjadi cerdas dan kuat sebagai 'powerful thinker'.

 

Majlis diselajurkan dengan penyampaian hadiah bagi pencapaian sekolah (Bahagian Seni Fesyen, Bahagian Seni Kulinari), Bahagian Kokurikulum dan Pelajar Terbaik dalam aktiviti PISA (Challenge Week - 20 November hingga 26 November 2017).

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Pelita Brunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Searing Heat Shuts Schools For 33 Million Children

 2024-04-26 01:35:07

US Economic Growth Slows But Inflation Grows

 2024-04-26 07:36:54