Home > Bahasa Melayu
Tingkatkan kesedaran jaga haiwan peliharaan
TETAMU kehormat, Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Dayang Khairunnisa binti Awang Haji Ash'ari semasa hadir di Majlis Pembukaan Program 'Strayholder' anjuran Peserta Program Eksekutif Muda Kohort Ke-2.
December 6th, 2017 | 09:44 AM | 293 views
TUNGKU LINK
Seramai 25 belia menghadiri bengkel 'Strayholders' anjuran peserta Program Eksekutif Muda Kohort Ke-2 yang dikendalikan oleh Institut Perkhidmatan Awam (IPA).
Bengkel yang diadakan di IPA itu adalah di antara salah satu Program 'Strayholders' yang bertujuan untuk mendidik serta meningkatkan kesedaran para belia tentang tanggungjawab untuk menjaga binatang peliharaan.
Hadir merasmikan bengkel tersebut ialah Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Dayang Khairunnisa binti Awang Haji Ash'ari.
Bengkel tersebut diadakan selama tiga hari bermula hari ini dan diisikan dengan pelbagai aktiviti seperti ceramah, perbincangan serta lawatan ke tempat-tempat yang berkaitan, di samping diisikan dengan ilmu kepimpinan dan aktiviti kemasyarakatan.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by Pelita Brunei
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]