Home > Bahasa Melayu
Khatam Al-Quran Muslimah Jame' 'Asr Hassanil Bolkiah
December 6th, 2017 | 09:47 AM | 971 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Membaca Al-Quran merupakan ibadah yang diberi pahala oleh Allah Subhanahu Wata'ala dan merupakan sumber penyatuan ummah dan dapat melahirkan semangat perpaduan.
Sehubungan itu, satu Majlis Khatam Al-Quran Kelas Bimbingan Muslimah Jame' 'Asr Hassanil Bolkiah Sempena Sambutan Jubli Emas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Menaiki Takhta Tahun 1439 Hijrah / 2017 Masihi diadakan di masjid berkenaan.
Majlis keagamaan itu disertai oleh lebih 80 Muslimah masjid yang menyertai Kelas Bimbingan Muslimah di masjid tersebut.
Hadir selaku tetamu kehormat, isteri Menteri Hal Ehwal Ugama, Datin Hajah Nahriah binti Haji Asbi di majlis yang berlangsung di Jame' 'Asr Hassanil Bolkiah, Kampung Kiarong, di sini.
Terdahulu bacaan Surah Al-Fatihah dikepalai oleh tetamu kehormat dan seterusnya bacaan khatam beramai-ramai.
Majlis kemudian diteruskan dengan takhtim, doa khatam, dikir Marhaban beramai-ramai oleh peserta khatam yang diraikan.
Antara tujuan majlis diadakan adalah untuk menggalakkan dan menjadikan budaya membaca Al-Quran sebagai aktiviti dalam kehidupan seharian.
Majlis tersebut dianjurkan oleh Kelas Bimbingan Muslimah Jame' 'Asr Hassanil Bolkiah.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by Pelita Brunei
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]