FacebookInstagramTwitterContact

 

Miscellaneous Offences Act 2021           >>           Temporary Road Closure           >>           Temporary Closure of Petrol Stations           >>           Blood Donation Campaign           >>           Study Visit           >>           Discussion Session           >>           Village Head Appointment Certificate Presentation           >>           Presentation of Letters of Appointment and Incentive           >>           Opening Ceremony of School Leaders Convention           >>           Tahlil Ceremony           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Nabi Muhammad 'role model' umat manusia


TETAMU kehormat majlis, Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman.

 


 December 6th, 2017  |  09:48 AM  |   436 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam merupakan contoh ikutan terbaik bagi umat Islam dan merupakan pemimpin yang adil.

 

Allah Subhanahu Wata'ala telah menetapkan Baginda Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam sebagai role model dan yang paling patut dicontohi bagi umat manusia sehingga ke akhir zaman.

 

Demikian dijelaskan dalam ceramah khas 'Rasulullah Qudwah Pemimpin Adil' yang disampaikan oleh Pegawai Ugama Kanan, Pusat Da'wah Islamiah, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Awang Haji Ahmad Abdussalam bin Haji Abdul Rahman pada Majlis Sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam Peringkat Kementerian Pendidikan Tahun 1439 Hijrah / 2017 Masihi bertempat di Dewan Utama, Kementerian Pendidikan, di sini.

 

Menurut beliau, salah satu bukti cinta umat Islam kepada Rasulullah itu ialah, dengan mencontohi dan melaksanakan sunnah-sunnah Baginda, di samping mengetahui akan peribadi Rasulullah dan mengenang  jasa-jasa Baginda yang telah membawa syiar Islam sehingga tersebar ke pelusuk dunia.

 

Manakala dari segi keadilan pula tambahnya, Baginda Rasulullah adalah merupakan seorang pemimpin yang sangat adil bukan sahaja kepada manusia malahan kepada haiwan.

 

Hadir selaku tetamu kehormat majlis itu ialah Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman.

 

Juga hadir, Timbalan Menteri Pendidikan, Yang Mulia Pengiran Dato Seri Paduka Haji Bahrom bin Pengiran Haji Bahar.

 

Majlis juga diserikan dengan persembahan Dikir Syarafil Anam oleh pasukan dikir yang terdiri daripada pegawai-pegawai dan kakitangan Kementerian Pendidikan.

 

Seramai 200 orang terdiri daripada pegawai dan kakitangan Kementerian Pendidikan termasuk pemimpin-pemimpin sekolah dan guru-guru menghadiri majlis berkenaan.

 

Antara tujuan utama majlis itu adalah untuk sama-sama menyemarakkan lagi Sambutan Maulidur Rasul selain menanamkan rasa cinta terhadap Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam dalam kalangan warga Kementerian Pendidikan.

 

Pada tahun ini, majlis dikendalikan bersama oleh Jabatan Peperiksaan dan Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Kementerian Pendidikan.

 

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Pelita Brunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

'Close Enough To See Their Faces': Chased Down By China In South China Sea

 2024-05-02 00:57:36

Tesla Staff Say Firm's Entire Supercharger Team Fired

 2024-05-02 00:12:47