FacebookInstagramTwitterContact

 

South Korea: World Scout Jamboree Disaster Blamed On Government           >>           Ben-Gvir, Israeli Far-Right Minister, In Car Accident           >>           Pentagon To 'Rush' Patriot Missiles To Ukraine In $6bn Package           >>           Major Gaza Protests At US Universities           >>           Burkina Faso Suspends BBC Over HRW Report On Alleged Mass Killings           >>           AIPA-FAO-IISD Joint Workshop           >>           Tesla Autopilot Recall To Be Probed By US Regulator           >>           ISO 9001:2015 Certificate Award           >>           Why Green Steam Is A Hot Issue For Business           >>           Use a Plot of Land for Planting           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Thailand komited kukuhkan kerjasama dua hala dengan NBD


DUTA Besar Istimewa dan Mutlak Thailand ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Biravij Suwanpradhes menyampaikan ucapan alu-aluan pada Majlis Resepsi berkenaan.

 


 December 6th, 2017  |  09:50 AM  |   726 views

JERUDONG

 

Kerajaan Thailand sememangnya komited dalam memperkukuhkan lagi kerjasama dua hala dengan Negara Brunei Darussalam dalam meneroka bidang penyelidikan ke arah kepelbagaian ekonomi yang dihasratkan dalam Wawasan Negara 2035 dan Strategi Kebangsaan 20-Tahun Thailand.

 

Perkara tersebut dijelaskan oleh Duta Besar Istimewa dan Mutlak Thailand ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Biravij Suwanpradhes pada Majlis Resepsi sempena Memperingati Hari Kebangsaan Kerajaan Thailand yang berlangsung di Dewan Indera Samudera, The Empire Hotel & Country Club, di sini.

 

Tahun ini, jelas TYT lagi, Rajabhat University di Wilayah Surin menjadi tuan rumah kepada sekumpulan pelajar dari UBD, manakala maklum balas yang diperolehi sangatlah positif.

 

"Sepanjang tempoh 12 bulan yang lalu, kita telah menyaksikan peningkatan bilangan delegasi perniagaan dari Thailand melawat ke Negara Brunei Darussalam dan meneroka sendiri mengenai Negara Brunei Darussalam secara amnya dan juga mengenai peluang-peluang perniagaan," tambah TYT lagi.

 

Hadir mewakili Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ialah Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong.

 

Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu kebangsaan bagi Negara Brunei Darussalam dan Kerajaan Thailand dan diselajurkan dengan penyampaian cenderahati kepada Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri oleh TYT Biravij Suwanpradhes.

 

Acara kemudiannya dimeriahkan lagi dengan tayangan klip video pendek mengenai Pelancongan Thailand dan persembahan alat muzik daripada masyarakat Thailand.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Pelita Brunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

South Korea: World Scout Jamboree Disaster Blamed On Government

 2024-04-27 02:37:15

Tesla Autopilot Recall To Be Probed By US Regulator

 2024-04-27 01:55:10