Home > Bahasa Melayu
Festival Makanan Indonesia bermula 7 Disember ini
MENTERI Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Ali bin Haji Apong semasa hadir selaku tetamu kehormat.
December 7th, 2017 | 11:38 AM | 637 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Lebih kurang 300 orang berpeluang menikmati masakan daripada Master Chef Indonesia, William Wongso pada Commencement of The Magnificent Culinary of Indonesia sempena Festival Disember Brunei 2017 yang berlangsung di Aras 4, Hotel Antarabangsa Rizqun, di sini.
Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Ali bin Haji Apong hadir selaku tetamu kehormat pada majlis tersebut.
Dalam ucapan alu-aluan daripada Deputy Chief of Mission / Minister Kedutaan Besar Republik Indonesia, Arko Hananto Budiado, yang antara lain berharap majlis tersebut dapat mempamerkan citarasa sebenar Indonesia, selain mengeratkan lagi hubungan baik di antara Brunei dan Indonesia melalui makanan Indonesia.
Penyerahan cenderahati disempurnakan oleh William Wongso kepada tetamu kehormat dan Arko Hananto Budiado, diikuti dengan demonstrasi masakan-masakan seperti Jeruk Buah Jakarta, Daging Rendang Padang dan Ayam Tangkap Aceh yang disajikan oleh William Wongso.
Majlis yang dikelolakan oleh Kedutaan Besar Republik Indonesia dengan Kerjasama Hotel Antarabangsa Rizqun Brunei diharap dapat menawarkan beberapa menu Indonesia yang sangat unik dan mungkin masih belum ada di negara ini.
Sementara itu, Festival Makanan Indonesia akan bermula pada 7 Disember bertempat di hotel yang sama selama sebulan dengan menu-menu masakan seperti Pecel Mediun, Tempe Tumis Cabe Hijau, Es Cendol dan Nangka, Daging Rendah Padang, Gulai Kambing Melayu dan banyak lagi.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by Ak. Syi'aruddin Pg. Dauddin
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]