Home > Bahasa Melayu
Penutupan jalan bagi Acara Festival Disember Brunei dan Tutongku Ceria
Pasukan Polis Diraja Brunei (PDB) memaklumkan penutupan jalan bagi Acara Festival Disember Brunei 2017 dan Tutongku Ceria yang akan berlangsung pada 8 hingga 10 Disember ini.
December 8th, 2017 | 09:38 AM | 356 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Pasukan Polis Diraja Brunei (PDB) memaklumkan penutupan jalan bagi Acara Festival Disember Brunei 2017 dan Tutongku Ceria yang akan berlangsung pada 8 hingga 10 Disember ini.
Menurut Siaran Akhbar PDB, jalan-jalan yang akan ditutup ialah di kawasan jalan Pengiran Anak Mohamad menuju ke Jalan Menteri berdekatan Majlis Belia Daerah Tutong dan JASTRe; di kawasan jalan Bangunan Sri Aman Kompleks berdekatan Stesen Elektrik Cempaka Kompleks; di kawasan jalan Bangunan Sri Aman Kompleks berdekatan kawasan belakang WYWY Enterprise; di kawasan Jalan Enche Awang menuju Kompleks Bunga Cempaka berdepanan Simpang No.6 berdekatan O.G Kompleks dan penutupan jalan di kawasan Jalan Enche Awang berdekatan dengan Stesen Minyak Penyurat Haji Abu Bakar bin Jambol.
Penutupan jalan-jalan tersebut akan dimulakan pada 2 petang hingga 8 malam bagi 8 Disember ini. Sementara pada 9 Disember, jalan-jalan tersebut akan ditutup bermula dari 7.30 pagi hingga 10 malam dan pada 10 Disember, penutupan jalan bermula dari jam 6 pagi hingg 12 tengah hari.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by Pelita Brunei
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]