Home > Bahasa Melayu
Seorang lelaki berbangsa Cina lafaz dua kalimah syahadah
TEA Ing Long ( Muhammad Firdaus Tea Long bin Abdullah) semasa melafazkan dua kalimah syahadat pengislamannya.
December 8th, 2017 | 09:46 AM | 1423 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Syiar agama Islam di negara ini semakin berkembang apabila seorang lelaki berbangsa Cina, Tea Ing Long melafazkan dua kalimah syahadah di hadapan Pegawai Unit Pengislaman, Bahagian Pengembangan Dakwah, Pusat Da'wah Islamiah (PDI) yang berlangsung di kediaman Awang Haji Maidin bin Haji Ahmad di Kampung Kiarong.
Tea Ing Long, 74 tahun, kini dikenali dengan nama Islamnya sebagai Awang Muhammad Firdaus Tea Long bin Abdullah.
Terdahulu, majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah, disusuli dengan Majlis Pengislaman dan laungan Dikir Marhaban bagi saudara baharu yang diraikan.
Awang Muhammad Firdaus ketika ditemu bual berkata, beliau memang berminat untuk memeluk agama Islam sejak dahulu lagi dan beliau juga telah lama mengenali agama Islam.
Akan tetapi katanya, baru sekarang pintu hatinya benar-benar terbuka untuk memeluk agama Islam yang suci.
Dalam pada itu, menurut kenyataan yang dikeluarkan PDI, sejak Januari hingga Oktober 2017, seramai 354 orang telah memeluk Islam di seluruh negara dan daripada jumlah itu dicatatkan seramai 191 orang memeluk Islam bagi Daerah Brunei dan Muara dari Januari hingga Oktober 2017.
Source:
by Pelita Brunei
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]