Home > Bahasa Melayu
Membangun belia berteraskan akidah Ahli Sunnah Waljamaah
December 8th, 2017 | 09:49 AM | 634 views
MUKIM MENTIRI
Program Perkhemahan Belia bermatlamat untuk mengukuhkan lagi semangat kepimpinan melalui aktiviti sukan dan riadah, tazkirah serta sesi perkongsian dalam melahirkan belia yang produktif.
Program perkhemahan yang disertai oleh 20 belia dari Mukim Mentiri tersebut diakhiri dengan Majlis Penutup yang diadakan di Masjid Hassanal Bolkiah Kampung Mentiri.
Penyampaian sijil-sijil kepada para peserta serta ahli-ahli jawatankuasa disempurnakan oleh Pemangku Pengarah Hal Ehwal Masjid, Pengiran Haji Haslin bin Pengiran Haji Ali.
Pengerusi Majlis, Awang Mohamad Afiq Faqih bin Abdull Rahman dalam ucapan alu-aluannya antara lain menjelaskan mengenai objektif program perkhemahan tersebut, antaranya untuk membantu mencapai kemajuan dalam pembangunan belia berteraskan akidah Ahli Sunnah Waljamaah.
Selain itu, ia juga untuk membantu mengeratkan silaturahim belia Masjid Hassanal Bolkiah Kampung Mentiri agar dapat membentuk satu pasukan dan persatuan yang mantap dan efisien.
Program Perkhemahan Belia yang membawa tema 'Selangkah Ke Arah Memperkasa Belia' (A Step Closer Towards Empowering Youth) bermula pada 6 Disember sehingga 7 Disember 2017 merupakan anjuran bersama Ahli Jawatankuasa Belia dan Takmir Masjid Hassanal Bolkiah Kampung Mentiri dengan Majlis Perundingan Kampung RPN Panchor Mengkubau.
Antara perisian program dua hari itu ialah ceramah motivasi, membaca Surah Al-Kahfi serta memahami cerita-cerita di dalamnya serta mengikuti aktiviti 'team building', sukan dan riadah serta Malam Kebudayaan.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by Pelita Brunei
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]