FacebookInstagramTwitterContact

 

Seven Teens With Alleged 'Extremist Ideology' Arrested In Sydney Raids           >>           Seven Teens With Alleged 'Extremist Ideology' Arrested In Sydney Raids           >>           Launching of A.I. Diabetic Retinopathy Screening Services           >>           Honey: An Amazing Superfood With Many Health Benefits           >>           Exploring The Benefits Of FASTING For Treating COVID-19 And Vaccine Injuries           >>           Milan Wants To Ban Gelato, Pizza And Other Italian Favourites (Sort Of)           >>           Skai Jackson Reveals Where She Stands With Her Jessie Costars Today           >>           Billie Eilish Details When She Realized She Wanted Her “Face In A Vagina”           >>           Messages of Condolences           >>           Japan's SLIM Moon Lander Defies Death To Survive 3rd Frigid Lunar Night (Image)           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Masyarakat Diseru Dukung Program Pemulihan


TIMBALAN Setiausaha Tetap, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Awang Haji Idris bin Haji Mohd. Ali semasa merasmikan Jualan Satu Kampung Satu Produk (1K1P) dan Hasil Kraf Tangan, Pertanian dan Pameran Jabatan Penjara di Ruang Legar, Airport Mall. | FOTO: PELITA BRUNEI (Haji Ariffin Mohd. Noor)

 


 May 7th, 2016  |  08:34 AM  |   2727 views

BERAKAS

 

Jumaat, 6 Mei. - Jualan Satu Kampung Satu Produk (1K1P) dan Hasil Kraf Tangan, Pertanian dan Pameran Jabatan Penjara mengetengahkan dan memperlihatkan hasil kerja tangan para penghuni penjara lelaki dan wanita kepada orang ramai.

 

Di samping itu, jualan tersebut dianjurkan secara kolaborasi Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (KHEDN) dan Jabatan Penjara itu juga dihasrat bagi mendukung penghasilan produk-produk Majlis Perundingan Mukim dan Kampung (MPMK) dari seluruh negara.

 

Hadir merasmikan acara yang berlangsung di Ruang Legar, Airport Mall di sini, ialah Timbalan Setiausaha Tetap KHEDN, Awang Haji Idris bin Haji Mohd. Ali.

 

Terdahulu, Pemangku Pengarah Penjara, Awang Haji Ismail bin Haji Murat dalam ucapan alu-aluannya berkata, jualan 1K1P dan Hasil Kraf Tangan, Pertanian dan Pameran Jabatan Penjara menerima sebanyak 25 petak termasuk penyertaan dari negara jiran iaitu Pusat Penjara Miri dan Pusat Penjara Limbang.

 

060516 ARIF2 EXPO

PEMANGKU Pengarah Penjara, Awang Haji Ismail bin Haji Murat ketika menyampaikan ucapan alu-aluan.

 

"Bagi Jabatan Penjara, selain daripada memperingati penubuhannya yang ke-62 tahun, ianya juga bagi memberikan ruang kepada masyarakat untuk sama-sama memainkan peranan dan mendokong program-program di dalam pemulihan penghuni penjara.

 

"Dalam masa yang sama, penjualan seumpama ini akan dapat memberikan keyakinan serta mengubah minda masyarakat untuk menerima bekas penghuni ke pangkuan masyarakat supaya mereka menjadi warga negara yang berguna," terangnya.

 

Awang Haji Ismail menambah, penglibatan Majlis Perundingan Kampung dalam memperkenalkan dan mempromosikan produk-produk yang berkualiti mempunyai keunikan tersendiri selain membuka peluang perniagaan dan sokongan kepada penduduk-penduduk kampung untuk terus mengembangmajukan perniagaan ke skala yang lebih besar.

 

Di samping itu katanya, melalui kegiatan seumpama ini akan dapat memberikan motivasi kepada pengusaha-pengusaha 1K1P untuk sentiasa bergiat aktif selain dapat membuka peluang pekerjaan kepada penduduk setempat.

 

Ke arah merealisasikan hasrat murni ini jelasnya, Jabatan Penjara memerlukan sokongan moral dan kerjasama daripada masyarakat umum, keluarga, agensi-agensi kerajaan, sektor swasta dan NGOs termasuklah MPMK.

 

060516 ARIF10 EXPO

TETAMU Kehormat semasa menyaksikan sebahagian barangan kimpalan yang turut dijual pada majlis tersebut.

060516 ARIF8 EXPO

SEBAHAGIAN produk anyaman yang terdapat dan dijual pada majlis itu.

 

Jualan dan pameran tersebut dibukakan selama tiga hari yang akan berakhir pada Ahad ini nanti dengan menyediakan pelbagai jenis jualan dan hasil kraf tangan termasuk perabot, khat tulisan jawi serta barangan kimpalan daripada Cawangan Penjara Maraburong.

 

Selain daripada produk jualan makanan, 1K1P juga mengetengahkan kategori kraf tangan hasil kreativiti daripada setiap mukim dan kampung yang menyertainya.

 

060516 ARIF3 EXPO

ANTARA yang hadir terdiri daripada Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Negara, ketua-ketua jabatan, para penghulu mukim dan ketua kampung.

 

Inisiatif Jabatan Penjara melalui acara sedemikian dapat mempamerkan usaha dalam menonjolkan lagi bakat dan kreativiti para penghuni serta akan sentiasa berusaha meningkatkan keberkesanan Program Pemulihan selaras dengan visi dan misinya ke arah Perancangan Strategik KHEDN 2005 - 2025.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Aimi Sani

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Seven Teens With Alleged 'Extremist Ideology' Arrested In Sydney Raids

 2024-04-25 10:57:21

Boycotts Aren't The Only Way To Hold Companies Accountable

 2024-04-25 01:24:19