FacebookInstagramTwitterContact

 

South Korea: World Scout Jamboree Disaster Blamed On Government           >>           Ben-Gvir, Israeli Far-Right Minister, In Car Accident           >>           Pentagon To 'Rush' Patriot Missiles To Ukraine In $6bn Package           >>           Major Gaza Protests At US Universities           >>           Burkina Faso Suspends BBC Over HRW Report On Alleged Mass Killings           >>           AIPA-FAO-IISD Joint Workshop           >>           Tesla Autopilot Recall To Be Probed By US Regulator           >>           ISO 9001:2015 Certificate Award           >>           Why Green Steam Is A Hot Issue For Business           >>           Use a Plot of Land for Planting           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Peserta Program Kem Ibadah Terima Sijil


TSUT, Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan, Awang Wardi bin Haji Mohammad Ali menyampaikan sijil.

 


 December 10th, 2017  |  09:43 AM  |   445 views

TUTONG

 

Brunei Disember Festival (BDF) 2017 merupakan perayaan pertama yang dianjurkan oleh Lembaga Pelancongan Brunei (LPB) dengan kerjasama beberapa pihak yang berkepentingan di negara ini.

 

Matlamat festival tersebut adalah bagi menyatukan beberapa acara dan aktiviti menarik yang dianjurkan oleh pelbagai pengurus acara yang diadakan pada bulan Disember ini, iaitu sempena musim cuti persekolahan.

 

Salah satu aktiviti BDF2017 meliputi Program Kem Ibadah yang diungkayahkan oleh Jabatan Hal Ehwal Masjid melalui Pejabat Hal Ehwal Masjid setiap daerah dan Ahli Jawatankuasa Takmir Masjid.

 

Seramai 74 belia dan beliawanis masjid yang menyertai kem berkenaan bagi Daerah Tutong berakhir malam ini dengan Majlis Penutup bertempat di Masjid Pengiran Muda 'Abdul Wakeel, Mukim Kiudang, di sini.

 

Hadir selaku tetamu kehormat dan menyampaikan sijil ialah Timbalan Setiausaha Tetap, Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan, Awang Wardi bin Haji Mohammad Ali.

 

Kem yang berlangsung selama dua hari tersebut diisikan dengan pelbagai aktiviti kerohanian, kempen kebersihan, ceramah, riadah, membuat lawatan dan sebagainya.

 

Antara tujuan ialah untuk mengisi masa lapang aktiviti para belia dan beliawanis masjid sewaktu cuti persekolahan, selain untuk melatih para peserta agar mendekatkan diri dengan masjid dan mengikuti aktiviti yang diungkayahkan oleh pihak masjid.

 

Dengan adanya program tersebut dapat memberikan ilmu pengetahuan serta memperbaiki akhlak para peserta sehingga dapat menjadikan belia harapan agama, bangsa dan negara.

 

Program seumpamanya juga akan dilaratkan lagi ke Daerah Temburong pada 15 hingga 16 Disember.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PelitaBrunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

South Korea: World Scout Jamboree Disaster Blamed On Government

 2024-04-27 02:37:15

Tesla Autopilot Recall To Be Probed By US Regulator

 2024-04-27 01:55:10