Home > Bahasa Melayu
Lebih 100 Peserta Sertai Perabang Lema
SETIAUSAHA Tetap, KSSUP, Dr. Awang Haji Abdul Manaf bin Haji Metussin membuat pelepasan bagi Kategori Terbuka 5 Kilometer The Nyirik Perabang Lema.
December 10th, 2017 | 09:47 AM | 668 views
TUTONG
Cuaca hujan yang lebat tidak menghalang para peserta bagi menyertai Perabang Lema atau Larian Malam anjuran The Nyirik yang telah menarik lebih 100 penyertaan bagi tiga kategori yang disediakan.
Pertandingan yang diadakan bagi memeriahkan Festival Disember Brunei 2017 tersebut diadakan di Tatangan Sungai Tutong di Pekan Tutong, di sini.
Hadir selaku tetamu kehormat dan seterusnya membuat pelepasan bagi Kategori Terbuka 5 Kilometer (km) ialah Setiausaha Tetap, Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan (KSSUP), Dr. Awang Haji Abdul Manaf bin Haji Metussin.
Juga hadir dan membuat pelepasan bagi Kategori Senior 3 Kilometer 65 Tahun dan Kategori Larian Riadah Keluarga 3 Kilometer ialah Timbalan Setiausaha Tetap KSSUP, Awang Wardi bin Haji Mohammad Ali.
Sebanyak tiga kategori kompetitif dipertandingkan iaitu Kategori Terbuka 5 Kilometer Lelaki dan Wanita; Kategori Veteran 5 Kilometer Lelaki dan Wanita dan juga Kategori Senior 3 Kilometer 65 Tahun Ke Atas Lelaki dan Wanita.
Turut diadakan ialah Larian Riadah Keluarga sejauh 3 Kilometer.
Hadiah-hadiah disampaikan oleh Timbalan Setiausaha Tetap KSSUP, Awang Wardi bin Haji Mohammad Ali.
Antara tujuan Perabang Lema itu diadakan antaranya ialah untuk mengisi masa lapang di waktu cuti persekolahan, dan juga bagi menggalakkan rakyat negara ini untuk meluangkan masa bercuti di dalam negeri, di samping memberi peluang kepada pelari-pelari menyertai larian malam yang pertama kali diadakan di Daerah Tutong.
Turut hadir, Pemangku Pegawai Daerah Tutong, Awang Haji Adanan bin Haji Adam.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PelitaBrunei
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]