Home > Bahasa Melayu
Al Ijtihad Juara Pertandingan Dikir Syarafil Anam
December 10th, 2017 | 09:52 AM | 836 views
MENTIRI
Persembahan Dikir Kumpulan Al Ijtihad berjaya memukau para juri sehingga dinobatkan pemenang keseluruhan Pertandingan Dikir Syarafil Anam bagi Belia dan Beliawanis Kampung Mentiri berlangsung malam ini.
Naib johan disandang oleh kumpulan Asy Syuhada sementara Al-Amin menduduki tempat ketiga.
Bagi Kategori Perempuan pula dimenangi oleh Kumpulan Dikir, Al-Qaireen manakala Wardatul Jannah dan Ainul Mardhiah, masing-masing memenangi tempat kedua dan ketiga.
Penyampaian hadiah pemenang pertandingan yang berlangsung di Dewan Kemasyarakatan Rancangan Perumahan Negara Perpindahan Mentiri, di sini, disempurnakan oleh Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Pengiran Haji Mohamed bin Pengiran Haji Osman @ Othman, selaku Ketua Kampung Masjid Lama, Pekan Muara, Sabun dan Pelumpong.
Terdahulu, Ketua Kampung Mentiri, Awang Haji Bujang bin Haji Sabtu dalam ucapan alu-aluannya antaranya berkata, amalan kerja berpasukan dalam mengungkayahkan apa jua projek merupakan suatu yang perbuatan yang sangat terpuji dan perlu disemai dan tanam dalam diri masing-masing, agar ianya berterusan sehingga mewujudkan keharmonian dalam konteks kehidupan bermasyarakat dan berjemaah.
Pertandingan berkenaan merupakan julung kali diadakan untuk mengetengahkan penyertaan generasi belia yang dianjurkan secara kolaborasi daripada Majlis Perundingan Kampung Mentiri dan Takmir Masjid Kampung tersebut.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PelitaBrunei
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]