FacebookInstagramTwitterContact

 

BIBD Awareness Campaign           >>           Depart for SEAYLP in the United States           >>           Raya Packet Recycling Drive           >>           No More Ash Clouds over Brunei Darussalam's Airspace           >>           'Appreciate and Be Grateful for the Blessings of Water'           >>           Conversion Ceremony           >>           Tree Planting Initiative           >>           Hari Raya Aidilfitri Celebration           >>           Spacex Launches Starlink Satellites On Company's 40th Mission Of 2024 (Video)           >>           Blizzard takes aim at Overwatch 2 console cheaters           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Rasulullah Dijadikan Contoh Dalam Semua Hal


 


 December 10th, 2017  |  09:57 AM  |   687 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Makna 'Qudwah' bererti contoh atau suri tauladan, di mana Rasulullah perlu dijadikan contoh dalam apa jua segi termasuk dari segi kepimpinan Baginda.

 

Perkara tersebut antara lain dijelaskan oleh Penceramah Pusat Da'wah Islamiah, Awang Haji Abdus Salam bin Haji Abdul Rahman dalam ceramah khasnya bertajuk 'Rasulullah Qudwah Pemimpin Adil', pada Majlis Sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam 1439 Hijrah bagi Persekutuan Peniaga-Peniaga Melayu Brunei (PPPMB) di Dewan Persidangan, Pusat Da'wah Islamiah (PDI), di sini.

 

Jelasnya, Rasulullah mempunyai kepimpinan yang adil bukan sahaja terhadap umat-umat Baginda bahkan terhadap seluruh alam.

 

''Mencontohi Rasulullah adalah antara bukti rasa cinta kita kepada Baginda,'' katanya lagi.

 

Terdahulu, Timbalan Presiden Ekonomi PPPMB, Dr. Awang Haji Jumat bin Haji Idris dalam ucapan alu-aluannya, antara lain menekankan mengenai betapa beruntungnya rakyat di negara ini yang mempunyai pemimpin seperti Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang memiliki sifat adil terhadap rakyat baginda.

 

Menyentuh mengenai perniagaan pula, beliau menambah, Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia memang menggalakkan rakyat di negara ini untuk terus berusaha, di samping memberikan peluang kepada kita dengan pelbagai cara serta memudahkan pengurusan perniagaan di negara ini.

 

Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Othman hadir selaku tetamu kehormat pada majlis tersebut.

 

PPPMB yang dahulunya dikenali Gabungan Peniaga-Peniaga Melayu mula ditubuhkan pada 27 September 1978, dengan tujuan untuk menyatukan Usahawan-usahawan Melayu di bawah satu organisasi bagi meningkatkan kerjasama di antara peniaga-peniaga tempatan melalui perdagangan yang akan menyumbang pada peningkatan positif terhadap taraf hidup penduduk melayu di negara ini.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PelitaBrunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

In Pictures: India Votes In World's Biggest Election

 2024-04-20 00:10:59

Post Office Lawyer 'Missed' Key Horizon Finding

 2024-04-20 01:27:17