Home > Bahasa Melayu
KHEDN Semarakkan Sambutan Maulud
HADIR selaku tetamu kehormat, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong (tiga kanan).
December 10th, 2017 | 09:59 AM | 742 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (KHEDN) dan jabatan-jabatan di dalamnya mengadakan Majlis Ceramah Khas Sempena Maulud Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam Tahun 1439 Hijrah / 2017 Masihi bertempat di Dewan Teater, Bangunan Jabatan Daerah Brunei Muara (JDBM), di sini.
Hadir selaku tetamu kehormat majlis, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong.
Turut hadir, Pemangku Setiausaha Tetap, Awang Haji Mohammad Sunadi bin Haji Buntar; Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap; Ketua-Ketua Jabatan dan Bahagian; pegawai-pegawai dan kakitangan KHEDN dan jabatan-jabatan di dalamnya.
Majlis diserikan dengan Dikir Maulud yang dibawakan oleh pasukan Dikir Ketua-Ketua Kampung dan juga Ceramah Khas 'Rasulullah Qudwah Pemimpin Adil', disampaikan oleh Pegawai Pusat Da'wah Islamiah, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Dr. Awang Andus Haji Ismuhadi bin Haji Abdullah.
Dalam ceramahnya antara lain menyentuh mengenai kepimpinan adil Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam.
Penceramah juga menyentuh mengenai nikmat umur, iaitu nyawa yang dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wata'ala yang memberikan kesempatan kepada umat Islam untuk menambahkan amal dan taqwa kepada-Nya.
''Orang-orang yang telah kembali kepada Allah Subhanahu Wata'ala tidak ada kesempatan untuk beramal.
Cuma kita yang masih hidup hanya dapat mengirim amal kepada orang yang telah kembali kepada Allah,'' jelasnya.
Majlis yang dianjurkan oleh JDBM itu merupakan salah satu aktiviti tahunan yang bertujuan untuk memperingati dan menyemarakkan Sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PelitaBrunei
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]