FacebookInstagramTwitterContact

 

South Korea: World Scout Jamboree Disaster Blamed On Government           >>           Ben-Gvir, Israeli Far-Right Minister, In Car Accident           >>           Pentagon To 'Rush' Patriot Missiles To Ukraine In $6bn Package           >>           Major Gaza Protests At US Universities           >>           Burkina Faso Suspends BBC Over HRW Report On Alleged Mass Killings           >>           AIPA-FAO-IISD Joint Workshop           >>           Tesla Autopilot Recall To Be Probed By US Regulator           >>           ISO 9001:2015 Certificate Award           >>           Why Green Steam Is A Hot Issue For Business           >>           Use a Plot of Land for Planting           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Sambutan Hari Sukarelawan Antarabangsa disambut meriah


 


 December 11th, 2017  |  09:53 AM  |   457 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Kerajaan Negara Brunei Darussalam sentiasa menggalakkan penglibatan menyeluruh daripada setiap anggota masyarakat dalam apa jua program kemasyarakatan  selaras dengan hasrat untuk membangun bersama masyarakat.

 

Sehubungan itu, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan menganjurkan Day of Action (DOA) sempena Sambutan Hari Sukarelawan Antarabangsa 2017 yang dikendalikan oleh sukarelawan-sukarelawan dan organisasi-organisasi tempatan yang diadakan di Pusat Belia dan beberapa lokasi di seluruh negara.

 

DOA merupakan platform untuk agensi-agensi kerajaan dan swasta, para penggiat sukarelawan, kumpulan-kumpulan sukarelawan, organisasi belia dan sukan dan sebagainya untuk melaksanakan projek atau program dan aktiviti kesukarelawan.

 

Dayang Nurliyana Fatin binti Arifin selaku salah seorang ahli penyelaras projek DOA ketika ditemui menjelaskan, DOA  pertama kali  diadakan ialah pada tahun lepas dengan mengumpulkan lebih 2,000 sukarelawan dan tahun ini, DOA disambung lagi untuk melihat lebih banyak lagi belia, organisasi dan NGOs yang bekerjasama di dalam kerja sukarelawan.

 

Jelasnya lagi, lebih 25 pertubuhan telah mendaftar untuk bekerjasama bersama para sukarelawan dalam menjayakan DOA kali ini yang mana ada di antara projek tersebut sudah bermula pada akhir November lalu.

 

Pada tahun ini katanya, antara projek utama adalah Soup Kitchen yang dikelolakan oleh para belia yang turut disertai oleh IBTE sebagai tukang masak dan pembungkusan yang dilaksanakan oleh para sukarelawan sendiri  dan  makanan tersebut diserahkan kepada pertubuhan-pertubuhan untuk diagih-agihkan kepada orang-orang yang memerlukan.

 

Antara projek yang dijalankan di Pusat Belia adalah Sehari Bersama Insan Istimewa anjuran Sukarelawan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah; Sentuhan Kasih anjuran Majlis Perundingan Kampung RPN Panchor Mengkubau; Persatuan Kemajuan Insan; Al-Huffaz Management; Persatuan KESAN; Iqbal Damit; Projek Bina Ukhwah dan sebagainya.

 

Manakala antara aktiviti yang dikendalikan pula, Care Kits Drive, Bersama Insan Istimewa, Klinik Al-Fatihah, Sentuhan Kasih, Soup Kitchen dan sebagainya.

 

Sementara itu, Projek Sentuhan Kasih yang dikelolakan oleh Majlis Perundingan Kampung RPN Panchor Mengkubau dengan tema 'Bersama Kitani Memeduli' bertujuan untuk menyemai sikap pemedulian kalangan para sukarelawan terhadap anak-anak yatim dan anak-anak dari keluarga yang kurang bernasib baik.

 

Bagi Projek Sentuhan Kasih, para sukarelawan berpeluang berinteraksi bersama anak-anak yatim dan anak-anak dari keluarga yang kurang bernasib baik melalui permainan dalam dewan antaranya Fun Fair, mewarna, memecah belon, membawa bola pingpong dengan sudu dan sebagainya yang dihasratkan dapat  menceriakan golongan anak-anak yang kurang bernasib baik melalui interaksi bersama para sukarelawan dengan cara bersukan dan riadah.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Pelita Brunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

South Korea: World Scout Jamboree Disaster Blamed On Government

 2024-04-27 02:37:15

Tesla Autopilot Recall To Be Probed By US Regulator

 2024-04-27 01:55:10