Home > Bahasa Melayu
Kejohanan Bola Keranjang Terbuka Low San 2017 labuh tirai
December 11th, 2017 | 09:56 AM | 470 views
GADONG
Pasukan Juramas, Digimark dan Mum's Bakery masing-masing muncul johan dalam Kejohanan Bola Keranjang Terbuka Low San (Low San Brunei Open) yang telah menutup tirainya dengan perlawanan akhir yang berlangsung di Gelanggang Bola Keranjang Batu Bersurat.
Pasukan Juramas menang tipis ke atas Rotary 89 - 87 dalam Kategori Men's Tool Box Challenge Cup, manakala tempat ketiga diraih oleh pasukan Sabli's.
Bagi Kategori Women's Sherwin Williams Cup pula, Mum's Bakery muncul johan diikuti dengan pasukan Berry Wan sebagai naib johan dan tempat ketiga diraih oleh pasukan SSBN Honey Carsmart.
Digimark pula muncul johan bagi Kategori Veteran's Low San Shield setelah mengalahkan GHK 72 - 60, sementara tempat ketiga dimenangi oleh pasukan Fitness Zone.
Penyampaian hadiah disempurnakan oleh Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Ong Tiong Oh yang juga selaku pemilik Low San dan penaja pertandingan tersebut.
Kejohanan yang telah bermula sejak 6 November lalu itu menampilkan 18 pasukan dalam Kategori Men's Tool Box Challenge Cup yang dibahagikan kepada empat kumpulan, dalam Kumpulan 'A' terdiri daripada pasukan Juramas, YTEXTSC, Elbomba Zo Buycour, Hainan Association BSB dan pasukan Sekolah St. Andrew's, manakala dalam Kumpulan 'B' pula terdiri dari pasukan Wolves, TSL Construction, Coopt Engineering dan NLPS Bamboonets.
Dalam Kumpulan 'C' pula disertai oleh lima pasukan, iaitu Street Roc, Propel, 10PM, Sabli's dan Fashion, sementara pasukan Rotary, Walltique, Honey Carsmart dan MBA berada dalam Kumpulan 'D'.
Empat pasukan lagi mewakili Women's Sherwin Williams Cup, iaitu pasukan Berrywan, Juramas, Mum's Bakery dan SSBN Honey Carsmart.
Veteran's Low San Shield pula telah menyaksikan persaingan antara pasukan TK Tea House, Concept GMT, Digimark, GHK, Fitness Zone dan Linktech.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by Pelita Brunei
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]