Home > Bahasa Melayu
Pertukaran Lawatan Belia ASEAN - ROK promosi kepimpinan
December 11th, 2017 | 10:02 AM | 473 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Seramai 10 belia yang menyertai Pertukaran Lawatan Belia ASEAN - ROK bermula 10 hingga 13 Disember ini di Siem Reap, Kemboja berlepas meninggalkan negara lewat petang tadi.
Berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei (LTAB), Berakas mengucapkan selamat belayar ialah Pemangku Pengarah Pembangunan Belia dan Sukan, Dayang Zainab binti Haji Morsidi.
Rombongan terdiri daripada pegawai kerajaan, mahasiswa dan mahasiswi yang mewakili institusi pengajian tinggi dan ahli-ahli persatuan belia serta kelab belia tersebut diketuai oleh Ketua Belia, Awang Muhammad 'Abdusysyahiid bin Idris.
Program tersebut bertemakan 'Nurturing Youth Leadership, Cultivating Future Leaders', bertujuan untuk mempromosikan kepimpinan belia serta kepentingan pendidikan, sosial, ekonomi serta budaya dalam ASEAN dan Republik Korea, di samping membina asas persahabatan juga kerjasama belia pada masa hadapan.
Sepanjang program tersebut, para peserta akan dibahagikan pada tiga aktiviti utama, iaitu 'classroom presentation' yang akan membincangkan topik-topik berkaitan dengan tema program, siri lawatan ke tempat-tempat bersejarah di Siem Reap serta menyertai persembahan kebudayaan.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by Pelita Brunei
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]