FacebookInstagramTwitterContact

 

Mayo Clinic Study Reveals Disturbing Impact Of Puberty Blockers On Testicular Development           >>           Why Freeze-Drying Is The Best Food Preservation Method           >>           10 Compelling Reasons To Steer Clear Of Gluten           >>           Only One Royal Has Ever Run The London Marathon           >>           Man Glassed In The Face After Telling Woman She Looked Like She Was 43           >>           You Have To See Travis Kelce's Reaction To Kardashian-Jenner Family Comparison           >>           Buried In The Cat's Paw Nebula Lies One Of The Largest Space Molecules Ever Seen           >>           Apple is launching new iPads May 7: Here's what to expect from the 'Let Loose' event           >>           FCC votes to restore net neutrality protections           >>           WhatsApp is enabling passkey support on iOS           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Wujudkan kesedaran pelanggaran undang-undang buruh dan pemerdagangan manusia


AHLI-ahli panel semasa membincangkan isu semasa mengenai 'Bilakah pelanggaran undang-undang buruh yang dianggap sebagai kes pemerdagangan manusia?'

 


 December 11th, 2017  |  10:07 AM  |   686 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Sebagai sebahagian daripada inisiatif berterusan daripada  Pemimpin Muda Selatan - Timur Asia, (YSEALI) sempena Hari Antarabangsa bagi Penghapusan Hamba, YAS Brunei mengadakan Dialog dan Sesi Pameran bertajuk 'Stories of Migrant 2 : Dialogue and Exhibition' berlangsung di Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas.

 

Hadir selaku tetamu kehormat ialah Duta Besar Istimewa dan Mutlak Amerika Syarikat ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Craig B. Allen.

 

Sesi Dialog tersebut bertajuk 'Bilakah pelanggaran undang-undang buruh yang dianggap sebagai kes pemerdagangan manusia?'.  Objektif dialog tersebut adalah untuk mewujudkan kesedaran mengenai salah tanggapan antara pelanggaran undang-undang buruh dan pemerdagangan manusia.

 

Terdahulu, Duta Besar Istimewa dan Mutlak Amerika Syarikat dalam ucapan alu-aluannya menjelaskan, bagi memperingati Ulang Tahun YSEALI Keempat, Ahli YSEALI telah mengadakan projek perkhidmatan di seluruh ASEAN.

 

Menurut TYT, YSEALI YOUnified menggalakkan golongan muda untuk terlibat secara koperasi dan benar-benar menunjukkan kuasa belia untuk membangunkan penyelesaian dalam menekan isu-isu tempatan, kebangsaan dan serantau.

 

"Acara hari ini adalah salah satu daripada projek-projek itu. Lain-lain termasuk RECOVER, sebuah projek untuk membersihkan sungai sekitar Kampong Ayer; Brunei Young Global Thinkers, satu dialog untuk memperluaskan prospek global belia; bengkel kepimpinan untuk melatih kepimpinan dan pembangunan peribadi belia; Projek Kesedaran Sosial untuk membekalkan perpustakaan dengan buku yang berkaitan dengan sains sosial; Bottle-Up! ialah inisiatif untuk mengurangkan penggunaan botol air tunggal; Farm for good, sebuah projek untuk memupuk minat dalam bidang pertanian dan kemampanan dan Hero Unsung, sebuah projek yang membekalkan pek makanan kepada buruh 'migrant'," jelas TYT.

 

Dialog tersebut dipengerusikan oleh Pemangku Ketua Unit Siasatan Pemerdagangan Manusia Jabatan Siasatan Jenayah, Pasukan Polis Diraja Brunei, ASP Ivy Han  dan Penasihat Undang-Undang dan Timbalan Pendakwa Raya, Jabatan Peguam Negara, Dayang Siti Aisyah binti Haji Laki. Sesi berkenaan dimoderasikan oleh YSEALI Alumni Representative, Awang Abdul Aziez bin Johari.

 

Acara diserikan dengan penyertaan khas dan juga perkongsian bersama daripada Awang lqbal bin Damit  di atas misi kemanusiaannya untuk pelarian Rohingya di Bangladesh.

 

YAS Brunei telah menjalankan kempen kesedaran mengenai anti penyeludupan manusia dan penghijrahan selamat di Brunei sejak tahun 2015.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Pelita Brunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Searing Heat Shuts Schools For 33 Million Children

 2024-04-26 01:35:07

US Economic Growth Slows But Inflation Grows

 2024-04-26 07:36:54