Home > Bahasa Melayu
Luangkan cuti persekolahan bersama keluarga
December 12th, 2017 | 09:28 AM | 299 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Sesi cuti penggal persekolahan hujung tahun merupakan waktu yang sememangnya dinanti-nantikan oleh setiap ibu bapa dan keluarga untuk meluangkan waktu percutian sekolah yang agak panjang.
Tidak hairanlah jika kebanyakan ibu bapa dan penjaga anak-anak juga bercuti bagi mempereratkan lagi hubungan kekeluargaan dengan mengisi setiap detik bersama keluarga tersayang di musim cuti sekolah ini.
Di negara ini juga terdapat banyak tempat menarik yang sememangnya sesuai untuk dijadikan destinasi percutian keluarga yang perlu terus disokong dan dijaga keindahannya.
Musim percutian ini juga dimanfaatkan oleh Dayangku Ivy binti Pengiran Haji Ibrahim untuk meluangkan masa dengan aktiviti sukan ATV bersama tiga orang anaknya.
Ibu berusia 37 tahun dari Kampung Kiulap itu ingin berkongsi minatnya bersama cahaya matanya sambil beriadah sekali gus menikmati suasana kecantikan Pantai Tungku.
Tambahnya, keseronokan mereka melakukan aktiviti itu menghilangkan tekanan setelah anak-anaknya menjalani peperiksaan akhir tahun dengan apa jua aktiviti sihat.
Selain itu, Taman Permainan Jerudong Park (JP) juga antara tempat menarik yang menjadi tumpuan para pengunjung.
Bukan saja permainannya yang beraneka jenis dinaik taraf akan tetapi pakej yang ditawarkan agak berbaloi di musim cuti sekolah ini.
Masih banyak tempat-tempat menarik di negara ini yang berpotensi sebagai tumpuan destinasi pelancongan untuk dikunjungi.
Apa yang paling penting kita selaku rakyat dan penduduk bumi Darussalam ini setentunya mengutamakan aspek kebersihan dan keselamatan tempat-tempat yang berpotensi ke arah menyumbang kepada pembangunan pelancongan.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by Pelita Brunei
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]