FacebookInstagramTwitterContact

 

10 Compelling Reasons To Steer Clear Of Gluten           >>           Only One Royal Has Ever Run The London Marathon           >>           Man Glassed In The Face After Telling Woman She Looked Like She Was 43           >>           You Have To See Travis Kelce's Reaction To Kardashian-Jenner Family Comparison           >>           Buried In The Cat's Paw Nebula Lies One Of The Largest Space Molecules Ever Seen           >>           Apple is launching new iPads May 7: Here's what to expect from the 'Let Loose' event           >>           FCC votes to restore net neutrality protections           >>           WhatsApp is enabling passkey support on iOS           >>           Japan Make Hard Work Of Qatar Victory But Remain On Course For Olympic Berth           >>           Wrexham To Face Bournemouth And Whitecaps On 'Wrex Coast Tour'           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


OBBD lulus ujian Piawaian Antarabangsa bagi Sesi 2018 - 2019


 


 December 12th, 2017  |  09:34 AM  |   532 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Pusat Outward Bound Brunei Darussalam (OBBD) buat kali yang kesembilan lulus Ujian Piawaian (Standard) Antarabangsa bagi Sesi 2018 - 2019 yang dikendalikan oleh pakar dari Outward Bound Antarabangsa (OBI) baru-baru ini.

 

Ujian yang dikenali sebagai Program Review Outward Bound  merupakan salah satu persyaratan utama yang dikenakan kepada semua ahli gabungan OBI di seluruh dunia sebagai satu program dwitahunan yang menekankan ciri-ciri keselamatan.

 

Selain itu, program berkenaan juga melibatkan kajian-kajian dan penyelidikan berhubung dengan pengurusan dan perkembangan operasi Pusat OBBD.

 

Pusat OBBD telah pun melalui program ini sejak tahun 1996, iaitu semasa diberikan keahlian Lesen Sementara. Kemudian pada tahun 1999, pusat tersebut telah dianugerahkan keahlian Lesen Tetap setelah melalui dan mengikuti ujian piawaian  yang ditetapkan oleh pihak OBI.

 

Ujian ini bertujuan untuk memenuhi persyaratan mandatori yang dikenakan oleh OBI terutama bagi memastikan aspek kualiti dan keselamatan yang telah dikuatkuasakan oleh badan induk (OBI) sesuai dengan garis pandu yang ditetapkan.

 

Di samping itu, ia juga untuk  memperbaiki segala kelemahan dan kekurangan dengan lebih berkesan serta bersistematik setelah dikenal pasti semasa ujian ini dijalankan khususnya yang melibatkan kualiti dan keselamatan ke arah meningkatkan lagi imej dan reputasi Pusat OBBD sebagai salah sebuah sekolah / Pusat Outward Bound terbaik.

 

Ke arah itu, Pusat OBBD berbesar hati kerana mendapat pengiktirafan sebagai salah sebuah Pusat Outward Bound yang unik dan unggul dengan ciri-ciri khas seperti hutan tropikanya yang mencabar, sungai yang bersih dengan arus yang sederhana, kemudahan yang disediakan oleh pihak kerajaan terurus dengan baik dan yang paling penting ialah daya tarikan kepada para pelancong untuk mengunjungi Negara Brunei Darussalam.

 

Justeru itu, pihak OBBD berharap dengan adanya pusat tersebut akan lebih ramai lagi masyarakat di negara ini terutamanya para ibu bapa dan penjaga untuk menaruh kepercayaan dan sokongan bagi pusat berkenaan dalam mengendalikan apa jua bentuk aktiviti Outward Bound ke arah dalam membentuk jati diri anak tempatan yang lebih mantap, berkeyakinan, percaya diri dan berdikari sesuai dengan Wawasan Negara 2035.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Pelita Brunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Searing Heat Shuts Schools For 33 Million Children

 2024-04-26 01:35:07

US Economic Growth Slows But Inflation Grows

 2024-04-26 07:36:54