Home > Bahasa Melayu
14 pelajar Kelab Judo lawat Jepun
December 12th, 2017 | 09:37 AM | 1093 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Seramai 14 belia daripada pelajar Kelab Judo dan seorang tenaga pengajar akan melawat Jepun di bawah Projek Rangkaian Pertukaran Pelajar dan Belia Jepun-Asia 2017 (JENESYS 2017) yang dihoskan oleh Kerajaan Jepun.
Sehubungan itu, Majlis Penghantaran bagi Kumpulan Pertama Judo di bawah JENESYS 2017 diadakan di Dewan Olahraga (Gym), Sekolah Sukan, Berakas.
Hadir bagi mengucapkan selamat belayar kepada para peserta yang menyertai projek berkenaan ialah Duta Besar Istimewa dan Mutlak Jepun ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Motohiko Kato.
Judo merupakan seni bela diri yang berasal dari Jepun kini diamalkan oleh lima juta orang di seluruh dunia, yang mana sebanyak 196 negara anggota berdaftar di bawah Persekutuan Judo Antarabangsa sebagai salah satu sukan Olimpik.
Pada program tersebut, para peserta akan melawat Universiti Sains Sukan Nippon, Institut Kodokan Judo untuk bermain Judo dan menerima pendidikan kuliah mengenai Judo, selain melawat sekolah menengah tempatan untuk menyertai aktiviti Kelab Judo mereka.
JENESYS 2017 antara lain bertujuan untuk memberikan peluang kepada para belia untuk melihat sendiri gaya kehidupan masyarakat Jepun yang sebenar yang merangkumi aspek kebudayaan, ekonomi atau teknologi.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by Pelita Brunei
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]