FacebookInstagramTwitterContact

 

BIBD Awareness Campaign           >>           Depart for SEAYLP in the United States           >>           Raya Packet Recycling Drive           >>           No More Ash Clouds over Brunei Darussalam's Airspace           >>           'Appreciate and Be Grateful for the Blessings of Water'           >>           Conversion Ceremony           >>           Tree Planting Initiative           >>           Hari Raya Aidilfitri Celebration           >>           Spacex Launches Starlink Satellites On Company's 40th Mission Of 2024 (Video)           >>           Blizzard takes aim at Overwatch 2 console cheaters           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Pendaftaran keputusan Peperiksaan SPUB 14 Disember


 


 December 14th, 2017  |  09:13 AM  |   564 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) melalui Bahagian Peperiksaan, Jabatan Pengajian Islam selaku Urus Setia Lembaga Peperiksaan Pelajaran Ugama Brunei (LPPUB) dengan kerjasama Bahagian Teknologi Maklumat memaklumkan pendaftaran bagi mendapatkan keputusan Peperiksaan Sijil Pelajaran Ugama Brunei (SPUB) Tahun 1438 Hijrah / 2017 Masihi akan mula dibukakan.

 

Menurut Siaran Akhbar KHEU, calon-calon peperiksaan, ibu bapa atau penjaga yang ingin melanggan perkhidmatan tersebut dikehendaki mendaftar terlebih dahulu, sama ada pendaftaran secara dalam talian atau melalui perkhidmatan SMS menggunakan telefon bimbit.

 

 

Pendaftaran adalah percuma dan pelanggan boleh mula mendaftar mulai Khamis, 14 Disember, jam 2.00 Petang.

 

Pendaftaran secara dalam talian boleh dibuat menerusi laman sesawang KHEU di 'www.kheu.gov.bn'. Manakala pendaftaran melalui perkhidmatan SMS menggunakan telefon bimbit adalah dengan menaip KHEU (jarak) REG (jarak) NOMBOR PUSAT PEPERIKSAAN (jarak) NOMBOR INDEKS CALON (jarak) NOMBOR KAD PENGENALAN PINTAR dan hantar ke 8885555 bagi pelanggan DST sahaja.

 

Pendaftaran yang berjaya akan dimaklumkan melalui SMS tanpa sebarang kos kepada pelanggan.

 

Keputusan peperiksaan SMS hanya akan dihantar kepada pelanggan yang berdaftar setelah keputusan peperiksaan dikeluarkan.

 

Pelanggan akan dikenakan caj bayaran BND1 bagi setiap keputusan peperiksaan SMS yang diterima. Sehubungan itu, dipohonkan kepada para pelanggan agar dapat memastikan telefon bimbit masing-masing mempunyai baki kredit yang mencukupi.

 

Melalui perkhidmatan itu nanti, diharapkan akan dapat memudahkan para calon, ibu bapa atau penjaga mengetahui keputusan Peperiksaan SPUB Tahun 1438H / 2017M secara individu dengan lebih cepat dan tepat.

 

Bagi sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai kaedah pendaftaran serta terma serta syarat bagi perkhidmatan berkenaan, bolehlah menghubungi Mach Telecommunications Sdn. Bhd. melalui e-mel '[email protected]'.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Pelita Brunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

In Pictures: India Votes In World's Biggest Election

 2024-04-20 00:10:59

Post Office Lawyer 'Missed' Key Horizon Finding

 2024-04-20 01:27:17