Home > Bahasa Melayu
Enam tema utama jadi skop pembentangan 5th AICIF
December 14th, 2017 | 09:18 AM | 253 views
JERUDONG
Lebih 50 kertas kerja dibentangkan pada Persidangan Antarabangsa Kewangan Islam Universiti-universiti ASEAN Ke-5 (5th AICIF) anjuran Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) dengan kerjasama enam universiti luar negara, berlangsung di Parkview Hotel, di sini.
Skop pembentangan kertas kerja yang dibincangkan merangkumi enam tema utama yang berkisar mengenai Islamic Banking and Capital Market; Compliance & Governance of Islamic Financial Institution; Money, Payment System and Financial Innovation; Takaful and Risk Management; Islamic Social Finance dan Human Capital & Education.
Antara kertas kerja yang dibentangkan ialah termasuk perkongsian daripada Dr. Syarifah Faigah Syed Alwi yang mewakili Arshad Ayub Graduate Business School, Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang menghuraikan pertalian dan perkembangan mahasiswa-mahasiswi dalam sektor perbankan serta kewangan Islam dalam menerokai kaedah dan menyemai amalan-amalan terbaik juga nilai-nilai positif.
Di samping itu, menurut Dr. Syarifah Faigah lagi dalam kertas kerja beliau bertajuk 'Innovation in Islamic Banking and Finance Education at Arshad Ayub Graduate Business School' turut mengetengahkan dua inovasi yang diterapkan dalam pengajaran serta pembelajaran perbankan dan kewangan Islam menerusi syarahan pengamal dalam industri juga melalui seminar anjuran para pelajar dengan penglibatan pakar-pakar dalam bidang perbankan serta kewangan Islam.
Sepanjang persidangan selama dua hari itu, sebanyak dua kertas ucaptama dan 130 buah kertas kerja akan dibentangkan dengan penyertaan seramai 250 peserta dari dalam dan luar negara.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by Pelita Brunei
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]