Home > Bahasa Melayu
Hari Keusahawanan PPB dapat sambutan
December 14th, 2017 | 09:19 AM | 448 views
TANAH JAMBU
Bagi menyemai budaya perniagaan dalam kalangan pelatih Pusat Pembangunan Belia (PPB), Hari Keusahawanan PPB bagi Sesi Julai 2016 diadakan bermula hari ini hingga 15 Disember di Dewan Binadiri, pusat berkenaan, di sini.
Ia dirasmikan oleh Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Dayang Khairunnisa binti Awang Haji Ash'ari.
Pelbagai aktiviti diadakan sepanjang Hari Keusahawanan itu termasuk jualan makanan, minuman dan aksesori serta perkhidmatan kecantikan juga restoran yang diusahakan oleh para pelatih PPB Sesi Julai 2016.
Salah seorang pelatih Kursus Asas Kemahiran Terapi Kecantikan, Dayang Nurul Basyirah binti Seri Puspa berkata, Hari Keusahawanan tersebut memberi peluang kepada beliau dan pelatih-pelatih lain untuk menimba pengalaman perniagaan.
"Barang-barang jualan yang kami pamerkan pada Hari Keusahawanan ini dimiliki dan dijual sendiri oleh para pelatih," katanya kepada Pelita Brunei.
Hari Keusahawanan PPB melibatkan seramai 109 pelatih menyediakan platform untuk mereka mempelajari, memahami dan mempraktikkan kebolehan mereka dalam bidang keusahawanan melalui aplikasi mata pelajaran tersebut.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by Pelita Brunei
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]