FacebookInstagramTwitterContact

 

Eating An Avocado Every Day Dramatically Reduces Your Risk Of Metabolic Syndrome           >>           The Mighty BLUEBERRY, A Superfruit With Anticancer Properties           >>           Tom Brady Reveals Jude Bellingham Chat After Real Madrid Move           >>           Rocket Lab Launches New NASA Solar Sail Tech To Orbit (Video, Photos)           >>           Rocket Lab Launches New NASA Solar Sail Tech To Orbit (Video, Photos)           >>           Ray-Ban Meta smart glasses do the AI thing without a projector or subscription           >>           Senate passes bill that could ban TikTok           >>           Tom Brady Reveals Jude Bellingham Chat After Real Madrid Move           >>           Spotify Turns Up Volume To Make Record Profits           >>           Inter Miami Signs Paraguay Midfielder Matías Rojas           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Program Sua Muka dekati penduduk Mukim Serasa


 


 December 14th, 2017  |  09:21 AM  |   731 views

MUKIM SERASA

 

Dalam usaha untuk terus mendekati penduduk kampung di negara ini, Program Sua Muka atau dikenali dengan Personal Contact kali ini diadakan di Rumah Penghulu Mukim Serasa, Mejar (B) Awang Haji Johari bin Haji Abd. Razak berserta Ahli Majlis Perundingan Kampung (MPK).

 

Ini adalah salah satu aktiviti berterusan Jabatan Penerangan, Jabatan Perdana Menteri melalui Unit Hubungan Masyarakat, Bahagian Kenegaraan dan Kemasyarakatan dalam usaha untuk terus menjalin kolaborasi yang lebih erat dalam hal ehwal kemasyarakatan.

 

Rombongan Jabatan Penerangan telah dialu-alukan oleh Penghulu Mukim Serasa serta Ahli MPK. Mengetuai rombongan Jabatan Penerangan ialah Pemangku Timbalan Pengarah Penerangan, Dayang Siti Bismi Nuruliman binti Awang Emzah disertai oleh beberapa pegawai dan kakitangan dari Jabatan Penerangan.

 

Antara yang dikongsikan daripada pihak MPK serta Majlis Perundingan Mukim dan penduduk kampung adalah permasalahan termasuk cadangan yang berkaitan dengan keselamatan, prasarana, kemudahan awam, alam sekitar dan masalah sosial.

 

Melalui program berkenaan, pihak jabatan memperkenalkan dan membarigakan Aplikasi Mudah Alih Jabatan Penerangan InfoDeptBN dan seterusnya menerangkan tatacara untuk memuat turun aplikasi InfoDeptBN melalui Google Playstore bagi pengguna Android dan App Store nagi penguna iOS.

 

Penggunaan bendera, 'banner' dan bahan-bahan yang mempunyai kepentingan nasional serta bahan-bahan bacaan mengenai Wawasan Brunei 2035 dan Perintah Kanun Hukuman Jenayah Syar'iah 2013 dikongsikan pada program tersebut.

 

Dalam membantu penduduk kampung untuk mengetahui, memahami dan menghayati maklumat-maklumat penting lebih terperinci seperti Wawasan Brunei 2035, Perintah Kanun Hukuman Jenayah Syar'iah 2013, keusahawanan, Program Masyarakat Bermaklumat dan sebagainya juga dikongsikan kepada para ahli MPK.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Pelita Brunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Ten Dead As Navy Helicopters Collide Mid-Air In Malaysia

 2024-04-24 07:44:54

Spotify Turns Up Volume To Make Record Profits

 2024-04-24 09:57:39