FacebookInstagramTwitterContact

 

Seven Teens With Alleged 'Extremist Ideology' Arrested In Sydney Raids           >>           Seven Teens With Alleged 'Extremist Ideology' Arrested In Sydney Raids           >>           Launching of A.I. Diabetic Retinopathy Screening Services           >>           Honey: An Amazing Superfood With Many Health Benefits           >>           Exploring The Benefits Of FASTING For Treating COVID-19 And Vaccine Injuries           >>           Milan Wants To Ban Gelato, Pizza And Other Italian Favourites (Sort Of)           >>           Milan Wants To Ban Gelato, Pizza And Other Italian Favourites (Sort Of)           >>           Skai Jackson Reveals Where She Stands With Her Jessie Costars Today           >>           Billie Eilish Details When She Realized She Wanted Her “Face In A Vagina”           >>           Messages of Condolences           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Belia aset penting, jadi penggerak pembangunan negara


 


 December 14th, 2017  |  09:23 AM  |   805 views

TANAH JAMBU

 

Pembangunan modal insan amat berkait rapat dengan pembangunan belia di negara ini, di mana belia merupakan aset penting yang akan menjadi penggerak dan pemacu pada kemajuan serta pembangunan negara.

 

Penguasaan ilmu, kemahiran serta keterampilan bakat belia akan dapat menyerlahkan lagi potensi diri belia sama ada dari segi kepimpinan, menyumbangkan idea dan penghasilan reka cipta serta inovasi dalam apa jua bidang yang mereka ceburi.

 

Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Dayang Khairunnisa binti Awang Haji Ash'ari, selaku tetamu kehormat menyatakan perkara tersebut pada Majlis Penyampaian Sijil Ke-18 bagi Program Pembangunan Belia Sesi Januari dan Julai 2016 di Dewan Binadiri, pusat berkenaan, di sini.

 

Yang Berhormat seterusnya berkata, bidang keusahawanan dilihat sebagai salah satu bidang yang berpotensi untuk diterokai oleh belia.

 

Menurutnya, inisiatif pusat berkenaan dalam meneruskan bantuan kewangan 'micro-grant' melalui Program Belia Berdikari, di samping mengadakan Hari Keusahawanan Pusat Pembangunan Belia (PPB) merupakan usaha yang baik untuk menyemai rasa minat pelatih pada keusahawanan dan memberikan pendedahan awal kepada mereka mengenai alam keusahawanan yang serba mencabar.

 

Tambahnya, mereka sudah setentunya memerlukan mentor yang boleh membimbing mereka dalam fasa awal penglibatan mereka.

 

"Oleh yang demikian, saya ingin menyeru kepada usahawan-usahawan yang telah berjaya untuk tampil ke hadapan dan menawarkan perkhidmatan dalam bidang ini," ujarnya lagi.

 

Yang Berhormat seterusnya menyampaikan sijil kepada seramai 245 pelatih PPB Sesi Januari dan Julai 2016.

 

Para penerima sijil terdiri daripada para pelatih yang mengikuti Kursus Skill Proficiency Certificate in Basic IT in Office Application; Level 2 Award in 2D Computer Aided Design; Skill Proficiency Certificate in Basic Food Preparation; Skill Proficiency Certificate in Basic Food and Beverage Services; Skill Proficiency Certificate in Basic Fabrication, Welding and Pipework; Skill Proficiency Certificate in Basic Plumbing; Skill Proficiency Certificate in Basic Refrigeration and Air Conditioning; Kursus Asas Kemahiran Baik Pulih Badan Kenderaan; Kursus Teknologi Rekaan Fesyen dan Kursus Asas Kemahiran Terapi Kecantikan.

 

Majlis diselajurkan dengan penyampaian sijil Program Berkomuniti Berkemahiran Level 2 Award in 2D Computer Aided Design kepada seramai 12 penerima bagi Sesi Januari 2016 dan 10 penerima bagi Sesi Julai 2016.

 

Pelajar terbaik menerima hadiah Pelatih Terbaik bagi Program Pembangunan Belia bagi kedua-dua sesi dalam tiga kategori, iaitu Program Latihan Kemahiran dan Keusahawanan; Program Pembangunan Diri dan Program Penempatan Kerja juga Pelatih Terbaik Keseluruhan kategori berkenaan.

 

Penerima Pelatih Terbaik Keseluruhan bagi Sesi Januari 2016 ialah Dayang Nastalina Nadia binti Arman Shah dari Kursus Food and Beverage Services, manakala penerima Pelatih Terbaik Keseluruhan bagi Sesi Julai 2016 ialah Awang Muhammad Izul Irfan bin Lamit dari Kursus IT in Office Application.

 

Penyampaian sijil tahun ini merupakan pengambilan kedua pensijilan City and Guilds.

 

PPB akan berusaha secara berterusan bagi mengenal pasti beberapa kursus baharu yang dapat dilaksanakan serta menepati permintaan pasaran pekerjaan dan ekonomi bagi membekalkan sumber tenaga kerja yang berkualiti ke arah melahirkan lebih ramai golongan belia yang berkemahiran menjelang tahun 2035.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Pelita Brunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Seven Teens With Alleged 'Extremist Ideology' Arrested In Sydney Raids

 2024-04-25 10:57:21

Boycotts Aren't The Only Way To Hold Companies Accountable

 2024-04-25 01:24:19