Home > Bahasa Melayu
Majlis Resepsi rai delegasi SOMCA
December 14th, 2017 | 09:24 AM | 361 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Para delegasi yang menghadiri Mesyuarat Pegawai-pegawai Kanan ASEAN yang Bertanggungjawab bagi Kebudayaan dan Kesenian Ke-13 (13th SOMCA) dan Mesyuarat-mesyuarat Berkaitan dengan Rakan Dialog diraikan dengan Resepsi Jamuan Tengah Hari yang dihoskan oleh Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS), bertempat di Tarindak D'Seni, di ibu negara.
Hadir selaku tetamu kehormat ialah Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof.
Turut hadir pada majlis tersebut ialah Duta-duta Besar dan perwakilan-perwakilan dari negara ASEAN serta rakan-rakan dialog; Setiausaha Tetap KKBS, Datin Paduka Dr. Dayang Hajah Norlila binti Dato Paduka Haji Abdul Jalil, selaku Pengerusi SOMCA termasuk para delegasi yang terdiri daripada Sekretariat ASEAN dan pegawai-pegawai kanan yang bertanggungjawab bagi kebudayaan dan kesenian dari negara anggota ASEAN juga rakan dialog bersama para pegawai kanan KKBS.
Pada majlis tersebut, Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan turut menyempurnakan penyampaian cenderamata kepada ketua delegasi.
Majlis diakhiri dengan sesi bergambar ramai.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by Pelita Brunei
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]