Home > Bahasa Melayu
KSSUP semarakkan Sambutan Maulidur Rasul
December 14th, 2017 | 09:27 AM | 473 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Dalam sama-sama menyemarakkan Sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan (KSSUP) dan jabatan di bawahnya mengadakan Majlis Ceramah Khas sempena Maulud Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam Tahun 1439 Hijrah / 2017 Masihi di Dewan Setia Pahlawan, di kementerian berkenaan.
Hadir selaku tetamu kehormat majlis, Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Ali bin Haji Apong.
Majlis diserikan dengan Dikir Maulud yang dibawakan oleh Pasukan Dikir Pegawai-Pegawai dan Kakitangan KSSUP juga Ceramah Khas bertajuk 'Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam Penggerak Ekonomi Ummah Melalui Takwa' yang disampaikan oleh Pegawai Pusat Da'wah Islamiah, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Drs. Awang Haji Ismuhadi bin Haji Abdullah.
Ceramah antara lain menyentuh mengenai pentadbiran negara yang perlu menjadikan Rasulullah sebagai contoh yang unggul dan agung.
Menurutnya, pada masa ini, kita perlu lihat di negara kita dan seluruh dunia dengan kepelbagaian pentadbiran dan ekonomi mungkin dapat kita contohi kepada ahli-ahli ekonomi yang sudah berjaya.
''Jika kita lihat Rasulullah telah dikaitkan dengan peranan Rasulullah dalam mempelbagaikan ekonomi dengan takwa, takwa dan iman adalah yang pertama dan yang kedua baru ekonomi. Rasulullah telah membentuk ekonomi sahabat kerana Rasulullah telah membetulkan niat dan hati. Ada beberapa perkara nasihat nabi kepada sahabat agar sahabat ini kukuh dan teguh imannya kepada Allah Subhanahu Wata'ala,'' jelasnya.
Majlis yang dianjurkan oleh Jabatan Kemajuan Pelancongan itu merupakan salah satu aktiviti tahunan yang bertujuan untuk memperingati dan menyemarakkan peristiwa-peristiwa penting dalam sejarah Islam.
Turut hadir, Setiausaha Tetap KSSUP, Dr. Awang Haji Abdul Manaf bin Haji Metussin; Timbalan Setiausaha Tetap KSSUP, Awang Wardi bin Haji Mohammad Ali; Pengarah Pelancongan, Awang Haji Mohammad Zamree bin Haji Junaidi; ketua-ketua jabatan dan ketua-ketua bahagian, pegawai-pegawai juga kakitangan KSSUP.
KSSUP semarakkan Sambutan Maulidur Rasul
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by Pelita Brunei
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]