Home > Bahasa Melayu
Jabatan Penerangan sambut Maulidur Rasul
December 15th, 2017 | 09:08 AM | 286 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Sambutan Maulidur Rasul terus diadakan oleh pelbagai pihak di negara ini, termasuk Jabatan Penerangan, Jabatan Perdana Menteri juga tidak ketinggalan dalam mengadakan Majlis Sambutan Maulud Nabi Muhamamad Sallallahu Alaihi Wasallam bertempat di surau jabatan berkenaan di sini.
Hadir pada majlis tersebut ialah Pemangku Pengarah Penerangan, Awang Mawardi bin Haji Mohammad serta pegawai-pegawai dan kakitangan Jabatan Penerangan.
Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh Penolong Pegawai Penerangan, Pengiran Arsul bin Pengiran Haji Abdul Momin.
Majis diteruskan dengan Ceramah Maulidurrasul yang disampaikan oleh penceramah khas dari Pusat Da'wah Islamiah, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Drs. Awang Haji Ismuhadi bin Haji Abdullah.
Beliau dalam ceramahnya antara lain menjelaskan mengenai kepentingan amalan membaca selawat ke atas Rasulullah sama ada sebelum tidur atau selepas solat fardu lima waktu bagi menyemai rasa cinta kita kepada Baginda serta agar kita tidak lalai dan leka daripada mengingati Allah Subhanahu Wata'ala.
Beliau juga menceritakan bagaimana Rasulullah membentuk para sahabat Baginda dengan membersihkan hati mereka daripada syirik kepada Allah Subhanahu Wata'ala dengan meyakinkan mereka dengan kekuasaan dan kekayaan Allah serta menjauhi amalan yang menyimpang daripada ajaran Al-Quran dan hadis.
Majlis kemudian diserikan dengan bacaan Dikir Marhaban yang diketuai oleh Pembantu Pegawai Luar Penerangan, Awang Haji Mahmud Hafidzie bin Haji Awang Ali Mashod diikuti dengan bacaan Doa Selamat daripada Pengiran Arsul.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by Pelita Brunei
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]