Home > Bahasa Melayu
Platform berkesan bagi komunikasi dan perkongsian pengetahuan
December 15th, 2017 | 09:11 AM | 390 views
JERUDONG
Para peserta dan pembentang kertas kerja Persidangan Antarabangsa Universiti-universiti ASEAN Mengenai Kewangan Islam Ke-5 (5th AICIF) dirai pada Majlis Penutup dan Makan Malam yang berlangsung di Dewan Al Barakah, Parkview Hotel.
Persidangan selama dua hari itu adalah anjuran bersama Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) melalui Fakulti Ekonomi dan Kewangan Islam (FEKIm).
Hadir selaku tetamu kehormat majlis, Rektor UNISSA,Dr. Awang Haji Norarfan bin Haji Zainal.
Majlis diselajurkan dengan penyampaian kertas kerja terbaik AICIF Ke-5 dan penyerahan Resolusi Persidangan daripada Rektor UNISSA kepada perwakilan penganjur bersama, iaitu Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Universitas Islam Negeri (UIN) Sunan Kalijaga, Indonesia, Universitas Islam Sultan Agung Semarang, Indonesia, Universitas Darussalam Gontor, Indonesia, dan Mindanao State University, Filipina.
Dekan FEKIm, Dr. Awang Abdul Nasir bin Haji Abdul Rani dalam ucapan alu-aluannya antara lain menjelaskan, persidangan itu telah menyediakan platform yang berkesan untuk berkomunikasi, berkongsi idea dan pengetahuan.
Acara diteruskan dengan penandatanganan Memorandum Persefahaman (MoU) antara penganjur bersama AICIF dan International Council of Islamic Finance Educators (ICIFE) sebagai Urus Setia Persidangan.
Dengan termeterainya MoU tersebut, semua pihak bersetuju akan menganjurkan satu siri Persidangan Antarabangsa Mengenai Kewangan Islam ASEAN untuk mempromosikan pembangunan bakat dan kurikulum dalam kewangan Islam dengan ICIFE sebagai urusetia untuk mempromosikan persidangan.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by Pelita Brunei
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]