Home > Bahasa Melayu
Ahlam Najiha Dan Nur Hikmah Juara Peraduan Dikir Syarafil Anam
PEMANGKU Pengarah Pembangunan Masyarakat, Dayangku Saihalina binti Pengiran Haji Mohd. Daud menyampaikan hadiah kepada Juara Kumpulan Pendikir wanita, Ahlam Najiha
December 17th, 2017 | 09:36 AM | 531 views
TUTONG
Kumpulan Pendikir Wanita, Ahlam Najiha dan Kumpulan Pendikir Lelaki, Nur Hikmah masing-masing muncul juara bagi Kategori Kumpulan Wanita dan Kumpulan Lelaki pada Peraduan Dikir Syarafil Anam yang berlangsung di Dewan Seri Kenangan, Kompleks Dewan Kemasyarakatan Daerah Tutong.
Peraduan tersebut anjuran Pusat Kegiatan Warga Emas (PKWE) daerah berkenaan dengan kerjasama Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM) Cawangan Daerah Tutong sempena Sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam Tahun 1439 Hijrah / 2017 Masihi.
Penyampaian hadiah kepada para pemenang disempurnakan oleh Pemangku Pengarah Pembangunan Masyarakat, Dayangku Saihalina binti Pengiran Haji Mohd. Daud.
Naib johan bagi Kumpulan Pendikir Wanita diraih oleh Ar Raudhah, tempat ketiga Ya Nur An Nissa.
Manakala naib johan bagi Kumpulan Pendikir Lelaki dimiliki oleh At Taqwa dan tiada pemenang tempat ketiga.
Sementara itu, Pengurus PKWE Daerah Tutong, Awang Metamit bin Matzin, selaku Pengerusi Majlis tersebut dalam ucapannya menjelaskan, majlis yang julung kali diadakan itu bertujuan untuk mengembangkan kebolehan Ahli PKWE daerah tersebut dalam menguasai Dikir Syarafil Anam dengan baik.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PelitaBrunei
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]