Home > Bahasa Melayu
Pesta Buah-Buahan 2017 ketengahkan hasil tempatan
SETIAUSAHA Tetap Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan, Dr. Awang Haji Abdul Manaf bin Haji Metussin semasa merasmikan 'Festival Fruit' di Bangunan Giant Rimba
December 17th, 2017 | 09:41 AM | 929 views
RIMBA
Pesta Buah-Buahan 2017 kini sedang berlangsung di Giant Hypermart Exhibition Hall, Tasik Rimba sehingga 22 Disember 2017 bagi mempromosikan buah-buahan tempatan serta memberi peluang kepada peladang dan penanam buah-buahan tempatan menjual dan memasarkan buah-buahan.
Hadir merasmikan pesta tersebut ialah Setiausaha Tetap Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan (KSSUP), Dr. Awang Haji Abdul Manaf bin Haji Metussin.
Turut hadir, Timbalan Setiausaha Tetap, KSSUP, Awang Wardi bin Haji Mohammad Ali.
Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Doa Selamat dan seterusnya perasmian Pesta Buah-Buahan dan lawatan ke gerai jual-jualan dan pameran.
Pesta Buah-Buahan ini dianjurkan oleh Riza Fudhlana Management Service dengan kerjasama Giant Hypermart bagi menggalakkan orang ramai supaya minat kepada buah-buahan asli tempatan.
Pesta Buah-Buahan dibuka dari pukul 10 pagi hingga 10 malam setiap hari kecuali Jumaat, iaitu pukul 10 pagi hingga 12 tengah hari dan 2 petang hingga 10 malam.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PelitaBrunei
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]