Home > Bahasa Melayu
Kasuka FC menang selesa
December 18th, 2017 | 10:28 AM | 278 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Pasukan Kasuka FC menang selesa apabila berjaya menewaskan pasukan Menglait FC, 6-0 dalam aksi Liga Super Brunei DST 2017 yang berlangsung malam tadi di Kompleks Sukan Berakas.
Pada perlawanan tersebut, Kasuka FC mempamerkan aksi cemerlang apabila pemainnya, Md. Shahrin bin Zaini menjaringkan gol seawal minit ke-5, diikuti dengan jaringan daripada Haji Khairol Anwar bin Md. Yaakub pada minit ke-19.
Pasukan Kasuka FC seterusnya berjaya meraih dua lagi jaringan menerusi jaringan Md. Hairunvikhwan bin Kusno pada minit ke-25 dan Awang Haji Khairol Anwar di minit ke-37.
Pada babak kedua perlawanan, Nazri bin Haji Hassan menyumbangkan jaringan gol kelima buat Kasuka FC pada minit ke-52.
Md. Hairunvikhwan sekali lagi membolosi gawang Menglait FC pada minit ke-58 sekali gus merubah kedudukan menjadi 6-0.
Pasukan Kasuka FC mengekalkan kedudukannya sehingga tamat perlawanan.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by Pelita Brunei
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]