FacebookInstagramTwitterContact

 

Eating For Your Eyes: Carrots Deliver Nutrients That Preserve Vision           >>           Diabetic? Eat More Eggs           >>           Protect Your Kids From Pollution-Related Asthma With Vitamin D           >>           Miscellaneous Offences Act 2021           >>           Designs of 'Baju Melayu' Studs           >>           Spectrum Unveil 2024 Exhibition           >>           'People Call Me A Monster For Dyeing My Dog Pink - I Want Him To Match My Outfit'           >>           Number of New Converts Increase           >>           Mum's Horror As Group Text Invite For Daughter's 1st Birthday Party Goes Terribly Wrong           >>           Kid Cudi Engaged To Lola Abecassis Sartore           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Ahli Pengakap Sedunia terima lencana


 


 December 18th, 2017  |  10:33 AM  |   1256 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Seramai sembilan Ahli Pengakap Pasukan 1024, Maktab Sultan Omar 'Ali Saifuddien (SOAS) telah menjadi ahli kepada Pengakap Sedunia pada Majlis Penyampaian Lencana Keahlian Pengakap Sedunia, Sijil Ketua Patrol dan Sijil Perkhemahan Kebangsaan 2017 di Dewan Serbaguna Maktab SOAS, di sini.

 

Hadir selaku tetamu kehormat dan menyempurnakan penyampaian Lencana Keahlian Pengakap Sedunia dan skaf pengakap ialah Pesuruhjaya Pengakap Persatuan Pengakap Negara Brunei Darussalam (PPPNBD), Bahagian Latihan, Skipper Awang Haji Mohammad Taib bin Othman.

 

Turut hadir, mantan Pemimpin Pasukan 1024, penolong pesuruhjaya-pesuruhjaya pemimpin-pemimpin Pasukan Pengakap 1024 serta ibu bapa peserta.

 

Majlis juga diteruskan dengan penyampaian sijil-sijil Ketua Patrol dan Sijil Perkhemahan Kebangsaan 2017 yang disampaikan oleh mantan Pemimpin 1024, Skipper Awang Haji Jailani bin Haji Ibrahim.

 

Pengakap Muda adalah salah satu bahagian di dalam pergerakan Pengakap Sedunia, yang mana keahlian ahli Pengakap Muda bermula dari usia 12 hingga 16 tahun atau bagi penuntut-penuntut yang berada di dalam Tahun 7 hingga 9 di sekolah menengah.

 

Ahli-ahli Pengakap Muda yang baharu berkenaan telah diberi penerangan mengenai sejarah bermulanya pengakap, persetiaan dan undang-undang pengakap, hormat dan tanda isyarat pengakap, permainan pengakap, ikatan Buku Sila, asas pertolongan cemas dan malam persembahan Pengakap Muda.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Pelita Brunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Sydney Church Stabbing: Australian Bishop Forgives Alleged Attacker

 2024-04-19 00:07:49

Google Sacks Staff Protesting Over Israeli Contract

 2024-04-19 00:33:16