FacebookInstagramTwitterContact

 

South Korea: World Scout Jamboree Disaster Blamed On Government           >>           Ben-Gvir, Israeli Far-Right Minister, In Car Accident           >>           Pentagon To 'Rush' Patriot Missiles To Ukraine In $6bn Package           >>           Major Gaza Protests At US Universities           >>           Burkina Faso Suspends BBC Over HRW Report On Alleged Mass Killings           >>           AIPA-FAO-IISD Joint Workshop           >>           Tesla Autopilot Recall To Be Probed By US Regulator           >>           ISO 9001:2015 Certificate Award           >>           Why Green Steam Is A Hot Issue For Business           >>           Use a Plot of Land for Planting           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


'Puteri7 Park and Adventure' berpotensi untuk dikembangkan


 


 December 18th, 2017  |  10:41 AM  |   392 views

TUTONG

 

Hari Terbuka 'Puteri7 Park and Adventure' menjanjikan suatu pengalaman yang menarik kepada pengunjung melalui aktiviti yang diadakan di Galeri Mandian Puteri,  Kampung Tanjong Maya, di sini.

 

Hadir selaku tetamu kehormat dan melancarkan Hari Terbuka tersebut ialah Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan (KSSUP), Awang Wardi bin Haji Mohammad Ali.

 

Semasa ditemu bual, Awang  Wardi menjelaskan, 'Puteri7 Park and Adventure' yang dilancarkan itu, meliputi pelbagai aktiviti seperti mengadakan persembahan tradisi dan pelbagai aktiviti kampung  menjurus kepada aktiviti berbentuk riadah bersama keluarga.

 

"Banyak potensi yang boleh dikembangkan khususnya dalam meningkatkan perpaduan masyarakat serta  memberi peluang kepada pelancong-pelancong dalam dan luar negara untuk menikmati udara dan suasana yang permai dan secara semula jadi.

 

Kita juga melihat perkembangan dari segi aktiviti-aktiviti masyarakat yang mana dapat meningkatkan ekonomi penduduk  kampung ini dan juga berpeluang untuk sama-sama mendukung dan memberikan perkhidmatan berbentuk pelancongan di Tanjong Maya," ujar beliau.

 

Menyentuh mengenai perancangan pada masa hadapan, Timbalan Setiausaha Tetap KSSUP menjelaskan, Lembaga Pelancongan Brunei dengan kerjasama berbagai-bagai agensi di dalamnya akan terus memantau perkembangan yang ada di kampung itu khususnya di Mandian Puteri tersebut dan berharap suatu hari ia akan dapat memberikan perkhidmatan yang lebih berkesan, bukan sahaja dapat menerima penduduk-penduduk di sana malah juga menerima pelancong-pelancong yang membuat program lawatan dan bermalam di sana.

 

"Berasaskan kepada penilaian yang dibuat dan juga perundingan yang diadakan bersama Pengurus Mandian Puteri7 Park ini, ia akan menjadi satu pakej berterusan untuk diadakan setiap hujung minggu dan khususnya kepada mana-mana waktu cuti persekolahan," ujarnya.

 

Hari Terbuka tersebut diadakan selama dua hari bermula 16 Disember dan dibukakan bagi kunjungan orang ramai dengan harga tiket pendaftaran sebanyak BND15 bagi dewasa dan BND8 bagi kanak-kanak yang boleh didapati di pintu masuk galeri tersebut.

 

Pelbagai aktiviti menarik menanti para pengunjung antaranya, Full Moon Trip, Terokai Flora dan Fauna, Safari Pasir Putih, Telaga Mandian 7 Puteri, Persembahan Kebudayaan, 4WD Drive, Permainan ATV dan Puteri7 Grill dan Steambot.

 

Hari Terbuka tersebut disempenakan dengan Festival Disember Brunei 2017 yang bertujuan untuk memberi galakan kepada penduduk di negara ini bebelanja di negara sendiri dan menerokai keindahan tempat-tempat menarik yang terdapat di negara ini.

​​

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Pelita Brunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

South Korea: World Scout Jamboree Disaster Blamed On Government

 2024-04-27 02:37:15

Tesla Autopilot Recall To Be Probed By US Regulator

 2024-04-27 01:55:10