FacebookInstagramTwitterContact

 

Hari Raya Aidilfitri Celebration           >>           Spacex Launches Starlink Satellites On Company's 40th Mission Of 2024 (Video)           >>           Blizzard takes aim at Overwatch 2 console cheaters           >>           Cities: Skylines 2's embarrassed developers are giving away beachfront property for free           >>           Apple says it was ordered to remove WhatsApp and Threads from China App Store           >>           Oil Price Eases As Iran Downplays Attack           >>           After Their PM Halts Ukraine Aid, Slovaks Dig Deep To Help           >>           US Congress Close To Passing Long-Awaited Ukraine Aid           >>           Francis Ogolla: Kenya Investigates Crash That Killed Military Chief           >>           In Pictures: India Votes In World's Biggest Election           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Rasulullah sentiasa amalkan kebersihan


 


 December 18th, 2017  |  10:46 AM  |   1031 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Sikap cinta kepada kebersihan yang diamalkan dan dititikberatkan oleh Baginda Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam hendaklah dicontohi oleh umat Islam lebih-lebih lagi dalam menjaga penampilan diri sendiri agar sentiasa kemas dan disenangi.

 

Antara perkara yang dilakukan oleh Rasulullah dalam menjaga kebersihan termasuklah seperti bersiwak atau menjaga kebersihan oral, memotong kuku pada hari Jumaat, memastikan misai dan bulu-buluan dicukur, merapikan janggut agar kelihatan sentiasa kemas di samping Baginda juga suka kepada wangi-wangian.

 

Perkara tersebut antara yang dikongsikan oleh Pengasas Bersama Al-Minhaj Centre Da’ie Bertauliah, Majlis Ugama Islam Brunei (MUIB), Awang Abdul Rahman bin Haji Ajak dalam Tazkirah Subuh beliau bertajuk ‘Mengenali Fizikal Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam’ pada Program Masjidku Makmur, Negara Berkat di Masjid Omar ‘Ali Saifuddien.

 

Hadir bersama-sama jemaah masjid bagi menjayakan program tersebut ialah Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof; Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU), Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Aziz bin Orang Kaya Maharaja Lela Haji Mohd. Yusof; Rektor Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), Dr. Awang Haji Norarfan bin Haji Zainal; Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap (Dasar dan Keugamaan), Awang Haji Mohd. Serudin bin Haji Timbang; Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap (Pentadbiran dan Kewangan), Awang Haji Zulkifli bin Panglima Asgar Dato Paduka Haji Abdullah dan Pemangku Ra’es Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB), Dr. Abang Haji Hadzmin bin Abang Haji Taha.

 

Turut sama menyerikan program ini ialah pegawai dan kakitangan KUPU SB, Bahagian Perancangan dan Pembangunan Sumber Manusia, Unit Kesihatan, Keselamatan, Kawalan Keselamatan dan Alam Sekitar KHEU.

 

Kehadiran jemaah memakmurkan rumah Allah diharapkan akan dapat menghidupkan amalan sunnah Baginda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam dan dapat menimbulkan rasa persamaan di antara umat Islam dalam melaksanakan sembahyang berjemaah dan amal ibadat bersama-sama.

 

Program yang diadakan setiap Ahad itu merupakan sebuah program sama-sama mengalu-alukan jemaah bagi memakmurkan masjid dan seterusnya secara istiqamah (berterusan) mendirikan Sembahyang Fardu Subuh secara berjemaah pada awal waktu di masjid.

​​

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Pelita Brunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

In Pictures: India Votes In World's Biggest Election

 2024-04-20 00:10:59

Post Office Lawyer 'Missed' Key Horizon Finding

 2024-04-20 01:27:17