FacebookInstagramTwitterContact

 

South Korea: World Scout Jamboree Disaster Blamed On Government           >>           Ben-Gvir, Israeli Far-Right Minister, In Car Accident           >>           Pentagon To 'Rush' Patriot Missiles To Ukraine In $6bn Package           >>           Major Gaza Protests At US Universities           >>           Burkina Faso Suspends BBC Over HRW Report On Alleged Mass Killings           >>           AIPA-FAO-IISD Joint Workshop           >>           Tesla Autopilot Recall To Be Probed By US Regulator           >>           ISO 9001:2015 Certificate Award           >>           Why Green Steam Is A Hot Issue For Business           >>           Use a Plot of Land for Planting           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Pameran Seni Visual hargai karya seni tempatan


 


 December 18th, 2017  |  10:47 AM  |   848 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Sebagai platform untuk membimbing dan melatih para pelukis wanita  berinteraksi dan berkongsi pengalaman dalam menyediakan pameran dan bengkel secara berkumpulan, Yayasan Seni Zakaria Omar (YSZO) mengungkayahkan Pameran Seni Visual ‘1st All Women Artist Arts Exhibition 2017’ di Seri Qlap Mall, Kiulap.

 

Objektif pameran antara lain untuk membudayakan aktiviti pameran bagi para pelukis wanita di samping mengukuhkan lagi serta pengisian ke arah kempen menghargai karya seni, iaitu menempatkan hasil karya di tempat situasi yang sebenar agar orang ramai dapat berkongsi pengalaman dan rasa.

 

Perasmian Pameran Seni Visual disempurnakan oleh Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof selaku tetamu kehormat.

 

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Doa Selamat.

 

Diikuti dengan ucapan alu-aluan daripada Pengerusi Majlis, Dayang Umi Zaty Bazillah binti Zakaria yang antara lain menyentuh mengenai YSZO yang telah ditubuhkan sejak tiga tahun yang lalu dengan moto ‘Seni Jati Diri Bangsa’ yang diasaskan oleh Awang Zakaria bin Omar bagi menyahut titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam sempena Hari Belia  Kebangsaan Tahun 2011.

 

Dayang Umi Zaty Bazillah juga menyeru para belia agar merebut peluang dalam industri kreatif kerana banyak bidang yang dapat diterokai di negara ini khususnya bidang seni tradisi budaya yang merupakan warisan berharga dan boleh diketengahkan melalui strategi pemasaran berkesan, sebagaimana yang dilakukan oleh negara-negara maju.

 

Majlis diteruskan dengan ucapan dan perasmian daripada Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan. 

 

Kira-kira 20 pelukis wanita menyertainya dan sebanyak 40 karya seni visual dipamerkan yang meliputi pelbagai genre dan gaya bentuk dari lukisan realistik hingga ke lukisan kontemporari.

 

Pameran membawakan tema ‘Sensation’ atau sensasi sebagai satu proses seni yang berkesinambungan daripada insan seni dengan menggunakan apa jua cabang seni melalui penerapan ‘human sense’, iaitu pancaindera yang dimiliki setiap insan sama ada berbentuk nyata atau spiritual.

 

Juga hadir, Setiausaha-Setiausaha Tetap Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dan Pengerusi Brunet Art Forum.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Pelita Brunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

South Korea: World Scout Jamboree Disaster Blamed On Government

 2024-04-27 02:37:15

Tesla Autopilot Recall To Be Probed By US Regulator

 2024-04-27 01:55:10