Home > Bahasa Melayu
Bengkel Pengurusan Jenazah Tarik Minat Muslimah Masjid
TATACARA mengendali jenazah yang diterangkan oleh Pengapai dari Pejabat Hal Ehwal Ugama, Kuala Belait.
May 8th, 2016 | 09:11 AM | 3812 views
KUALA BELAIT
Sabtu, 7 Mei. - Kelas Bimbingan Muslimah Masjid Mohammad Jamalul Alam, Kuala Belait dengan kerjasama Ahli Jawatankuasa Takmir masjid berkenaan mengadakan Bengkel Pengurusan Jenazah.
Bengkel tersebut disampaikan oleh Pegawai Hal Ehwal Masjid Daerah Belait, Awang Haji Haslan bin Haji Shahbudin dan dua orang Pengapai dari Pejabat Hal Ehwal Ugama, Kuala Belait.
Sementara peserta-peserta bengkel tersebut terdiri daripada muslimah yang mengikuti Kelas Bimbingan Muslimah di Masjid-masjid Daerah Belait.
Bengkel tersebut merupakan satu usaha menarik minat para muslimah mengikuti aktiviti takmir masjid, di samping memberikan ilmu pengetahuan yang berhubung kait dengan pengurusan jenazah seterusnya memberikan peluang kepada muslimah dalam mengemukakan masalah-masalah atau keraguan yang sering mereka hadapi ketika berlaku kematian.
Bengkel diteruskan dengan praktikal cara-cara penyediaan kain kafan, cara-cara mengafankan dan cara-cara memandikan jenazah.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by Noraisah Muhammed
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]