FacebookInstagramTwitterContact

 

Mayo Clinic Study Reveals Disturbing Impact Of Puberty Blockers On Testicular Development           >>           Why Freeze-Drying Is The Best Food Preservation Method           >>           10 Compelling Reasons To Steer Clear Of Gluten           >>           Only One Royal Has Ever Run The London Marathon           >>           Man Glassed In The Face After Telling Woman She Looked Like She Was 43           >>           You Have To See Travis Kelce's Reaction To Kardashian-Jenner Family Comparison           >>           Buried In The Cat's Paw Nebula Lies One Of The Largest Space Molecules Ever Seen           >>           Apple is launching new iPads May 7: Here's what to expect from the 'Let Loose' event           >>           FCC votes to restore net neutrality protections           >>           WhatsApp is enabling passkey support on iOS           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


636 Dikurniakan Pingat-Pingat Kehormatan


DULI Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota berkenan mengurniakan Pingat-Pingat Kehormatan Negara Brunei Darussalam kepada para pegawai dan kakitangan yang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam dan swasta. | FOTO: INFOFOTO (Masri Osman, Mohd. Sahrizal Haji Said)

 


 May 8th, 2016  |  09:20 AM  |   3671 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Sabtu, 7 Mei. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan mengurniakan Pingat-Pingat Kehormatan Negara Brunei Darussalam kepada 636 penerima yang terdiri daripada pegawai dan kakitangan kerajaan serta sektor swasta sempena Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Ke-68 Tahun.

 

Berangkat mengurniakan Pingat-Pingat Kehormatan Negara, selaku Wakil Peribadi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri (JPM).

 

Berangkat sama ialah Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Malik ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah.

 

07052016 MASRI DPMM PINGAT 2

BERANGKAT mengurniakan Pingat-Pingat Kehormatan Negara Brunei Darussalam ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri, selaku Wakil Peribadi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang berlangsung di Balai Singgahsana Indera Kencana, Istana Nurul Iman. Berangkat sama ialah Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Malik ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah.

 

Istiadat pengurniaan pingat tersebut berlangsung di Balai Singgahsana Indera Kencana, Istana Nurul Iman, di sini.

 

Mendahului pengurniaan pingat-pingat ialah Pingat Jasa Kebaktian (P.J.K) dikurniakan dan diterima oleh 84 penerima.

 

Para penerima terdiri daripada 34 pegawai dan kakitangan JPM sementara 50 pegawai dan kakitangan pula dari Kementerian Pertahanan.

 

07052016 MASRI DPMM PINGAT 9

07052016 MASRI DPMM PINGAT 10

07052016 RIZAL DPMM PINGAT 14

DULI Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota berkenan mengurniakan Pingat-Pingat Kehormatan Negara Brunei Darussalam kepada para pegawai dan kakitangan yang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam.

 

Duli Yang Teramat Mulia seterusnya berkenan mengurniakan Pingat Indah Kerja Baik (P.I.K.B), dikurniakan dan diterima oleh sejumlah 552 pegawai dan kakitangan kerajaan serta sektor swasta terdiri daripada 120 penerima dari JPM; 128 dari Kementerian Pertahanan; 16 dari Kementerian Kewangan; 30 dari Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan; 154 dari Kementerian Pendidikan; 21 dari Kementerian Perhubungan; 24 dari Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan, manakala 59 lagi penerima dari sektor swasta.

 

Bagi memberkati Istiadat Pengurniaan Pingat tersebut, Doa Selamat dibacakan oleh Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned.

 

07052016 RIZAL DPMM PINGAT 1

ANTARA yang hadir ialah Yang Amat Mulia Pengiran-Pengiran Cheteria, Menteri-Menteri Kabinet, Ahli-ahli Majlis Mesyuarat, Timbalan-Timbalan Menteri, Pengiran-Pengiran Peranakan, Pehin-Pehin Manteri, Manteri-Manteri Pendalaman, Pesuruhjaya-Pesuruhjaya Tinggi, Duta-Duta Besar, Setiausaha-Setiausaha Tetap, ketua-ketua jabatan, pegawai-pegawai kanan kerajaan dan Penghulu-Penghulu Mukim serta Ketua-Ketua Kampung.

07052016 MASRI DPMM PINGAT 23

PARA penerima Pingat-Pingat Kehormatan Negara Brunei Darussalam yang terdiri daripada para pegawai dan kakitangan yang telah lama berkhidmat dan menabur bakti kepada Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia dan swasta.

 

Juga hadir ialah Yang Amat Mulia Pengiran-Pengiran Cheteria; Menteri-Menteri Kabinet; Ahli-ahli Majlis Mesyuarat; Timbalan-Timbalan Menteri; Pengiran-Pengiran Peranakan; Pehin-Pehin Manteri; Manteri-Manteri Pendalaman; Pesuruhjaya-Pesuruhjaya Tinggi; Duta-Duta Besar; Setiausaha-Setiausaha Tetap; ketua-ketua jabatan; pegawai-pegawai kanan kerajaan, Penghulu-penghulu Mukim serta Ketua-ketua Kampung.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Nooratini Haji Abas

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Searing Heat Shuts Schools For 33 Million Children

 2024-04-26 01:35:07

US Economic Growth Slows But Inflation Grows

 2024-04-26 07:36:54