Home > Bahasa Melayu
Doa Kesyukuran sempena Ulang Tahun Penubuhan TAP Ke-25
Hadir selaku tetamu kehormat di majlis tersebut ialah Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof selaku Pengerusi Lembaga Pengarah TAP.
January 12th, 2018 | 10:54 AM | 1456 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Sempena Ulang Tahun Penubuhan Ke-25, Tabung Amanah Pekerja (TAP) mengadakan Majlis Doa Kesyukuran dan Sembahyang Sunat Hajat bertempat di Masjid Sultan Omar 'Ali Saifuddien, di sini.
Hadir selaku tetamu kehormat di majlis tersebut ialah Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof selaku Pengerusi Lembaga Pengarah TAP.
Terdahulu, majlis dimulakan dengan Sembahyang Fardu Maghrib berjemaah diikuti dengan Sembahyang Sunat Hajat dan membaca Surah Yaa Siin dan diakhiri dengan bacaan Doa Kesyukuran beramai-ramai.
Juga hadir, Ahli-ahli Lembaga TAP, ahli-ahli panel pelaburan, komiti audit dan pegawai-pegawai serta kakitangan TAP.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by Pelita Brunei
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]